Skip to main content

Hiburan

Tangguh Semua Job Promosi Jenama, Agy Minta Untuk Tumpu Pada Isu Sumud Flotilla - “Saya Minta Maaf…”

Agy Sumud

Personaliti media sosial dan penyanyi, Agy menyorot perhatian netizen apabila mengambil keputusan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti promosi jenama buat sementara waktu.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Agy atau Muhammad Affizy Mohd Khairy menjelaskan langkah tersebut diambil bagi memberi sepenuh tumpuan kepada isu kemanusiaan yang sedang berlaku.

“Kepada para klien dan pengikut saya, maaf kerana saya perlu berhenti seketika daripada mempromosikan dan membuat hantaran berkaitan jenama serta promosi.

‘Buat masa ini, marilah kita memberi tumpuan kepada perjuangan sahabat-sahabat kita, maaf kerana saya terpaksa menangguhkan semua hantaran berkaitan jenama produk, tumpuan kini hanya untuk Sumud,” tulisnya. 

Tindakan Agy itu mendapat sokongan penuh daripada para pengikutnya. 

Rata-rata netizen memuji keprihatinan penyanyi berkenaan yang sanggup mengutamakan isu kemanusiaan melebihi kepentingan peribadi.

Sekadar info, Konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotila membawa bantuan kemanusiaan meliputi bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dengan peserta terdiri daripada sukarelawan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat.

Seramai 34 rakyat Malaysia berada di atas beberapa kapal dalam flotila itu.

Misi ini bertujuan memecahkan sekatan laut Israel yang telah berlangsung selama hampir dua dekad dan memburukkan keadaan hidup lebih 2.4 juta penduduk Gaza.
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement