Skip to main content

Selebriti

Target Puasa Penuh, Sweetnya Bila Boss James Siap Call Hawa Rizwana Untuk Bacakan Doa Bersahur - “Tahun Lepas Dapat 24 Hari Sahaja…”

Boss James Hawa

Sekilas

  • Boss James mendapat perhatian netizen selepas berkongsi video bersahur bersama pengacara Hawa Rizwana yang membaca doa makan untuknya.
  • Dia berkongsi niat untuk berpuasa penuh sepanjang Ramadan tahun ini selepas hanya berjaya 24 hari tahun lalu, sambil menunjukkan menu bersahur ringkasnya.
  • Netizen memberikan sokongan dan kata semangat, manakala Boss James memuji Hawa sebagai kawan yang baik dan lemah lembut.

Personaliti media sosial, Boss James mendapat perhatian netizen selepas memuat naik video momen bersahur bersama pengacara, Hawa Rizwana.

Walaupun tidak bersahur secara berdepan, namun tindakan Boss James menghubungi Hawa dan memintanya membaca doa makan untuk bersahur membuatkan ramai yang suka.

Malah netizen juga menganggap momen simple seperti itu juga sebagai pemberi semangat kepada Boss James berazam untuk berpuasa penuh sepanjang Ramadan tahun ini selepas tidak berjaya mencapai sasaran pada tahun lalu.

Dalam video yang sama juga, Boss James juga turut berkongsi menu bersahur yang diamalkan tahun ini.

“Tahun lepas target 30 hari, dapat 24 hari sahaja, tahun ini niat memamg penuh lah, tapi tak tahu dapat ke tak, minta doa semua supaya saya dapat menahan diri,” ujarnya.

“Makanan tahun ini simple sahaja, air, protein, cornflake dengan susu, ada sarang burung, cherry tomato, semoga kita semua dapat istiqomah ya.

“Dilipat gandakan pahala, amalan diterima dan yang paling penting sekali sihat selalu,” katanya.

 

 Perkongsian itu kemudiannya dibanjiri dengan komen-komen positif netizen yang menyukai interaksi mereka berdua.

 

Malah mereka juga turut memberikan kata-kata semangat agar Boss James dapat berpuasa penuh dan berbuka bersama Hawa.

Terdahulu, Boss James mengakui berkawan rapat dengan Hawa dan menyifatkan pengacara cantik itu sebagai seorang yang baik dan lemah lembut selain selesa untuk berkawan dengannya.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement