Skip to main content

Hiburan

“Tarikh Dah Ditetapkan & Dipersetujui…” - Syed Saddiq & Bella Astillah Kongsi Mengenai Majlis Perkahwinan

BASS

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan tunangnya Bella Astillah telah menetapkan tarikh pernikahan mereka tetapi belum boleh diumumkan untuk menghormati keluarga yang belum dimaklumkan.
  • Bella menjelaskan segala perkembangan perkahwinan mereka akan dikongsikan melalui platform Astro yang menjadi media rasmi majlis tersebut.
  • Majlis pernikahan dijangka berlangsung tidak lama lagi dalam tahun ini dan bukan pada hujung tahun, selepas mereka bertunang pada 28 Mac lalu.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan tunangnya yang juga penyanyi serta pelakon Bella Astillah mendedahkan tarikh pernikahan mereka sudah pun ditetapkan. 

 

Advertisement

Bagaimanapun, tarikh hari bahagia mereka masih tidak boleh diumumkan buat masa ini kerana ingin menghormati saudara jauh yang belum mengetahui.

 

“Tarikh tak boleh beritahu bila. Tarikh dah ada, telah ditetapkan dan dipersetujui bukan setakat kita berdua tapi ibu bapa dan adik-beradik. 

Advertisement

 

“Cuma untuk kita war-warkan sekarang, saya rasa kita perlu menghormati prosesnya untuk nak beritahu keluarga tak begitu dekat, biar mereka tahu dahulu. 

 

“Kawan-kawan terdekat. Jadi, kena ada proses, takkan terus umumkan,” kata Syed Saddiq dan Bella menerusi podcast yang diadakan secara langsung di TikTok pada malam, Selasa. 


Dalam pada itu, Bella juga menjelaskan segala perkembangan mengenai perkahwinan dia dan Syed Saddiq akan dikongsikan di platform Astro yang menjadi media rasmi majlis mereka.

 

“Saya rasa ramai tak tahu lagi sebab saya dan YB, kita sebenarnya under Astro. Kita pun dah menandatangi kontrak bersama Astro untuk tolong proses penganjuran (pernikahan). 

 

“Segala update kena follow Astro okay,” ujar Bella. 

 

Namun Syed Saddiq berkata majlis pernikahan mereka akan berlangsung tidak lama lagi dan yang pasti bukan pada hujung tahun. 

 

“Tapi tidak terlalu lama, tahun ini… tak ada la hujung-hujung tahun sangat,” kongsi Syed Saddiq.

 

Untuk info, Bella yang juga penyampai radio Era FM mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq pada 28 Mac lalu. 

Anda mungkin berminat dengan

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Must Watch Video

Advertisement