Pelakon, Tash Yong meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan beberapa syarikat yang menjadikan isu tular sebagai bahan troll atau parodi demi tujuan pemasaran.
Menurut Tash, tindakan sedemikian bukan sahaja tidak beretika malah seolah-olah mempermainkan nasib orang lain demi meraih perhatian di media sosial.
Advertisement
“Saya hilang respect dekat syarikat yang buat troll atau parodi aib isu semasa hanya untuk marketing. Apa dah hilang idea sangat ke untuk nak buat content ni?
“Best ke ride isu musibah orang lain? Kalau terkena isu tu kat diri sendiri atau orang lain ramai-ramai buat parodi pasal korang nanti agaknya mana muka korang nak campak ek? Makin galak sangat pulak saya tengok masing-masing,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pelakon itu.
Mereka berpendapat bahawa syarikat seharusnya lebih kreatif dalam menghasilkan kandungan promosi tanpa perlu mengeksploitasi isu sensitif yang boleh melukakan perasaan orang lain.
“Mereka campuri urusan hal dalam kain orang. Mereka fikir buat begitu dapat hiburkan orang lain.
“Ghisau. bila orang kena ujian, yang turut diuji sebenarnya adalah kita orang sekeliling yang melihat.. sebab semua tu malaikat kiri kanan catit.. apa cakap , tulis, bisik hati...Baik buruk nak kena settle kat masyar esok x berbaloi,” tulis netizen.