Penyanyi, Aliff Aziz menjadi perhatian warganet apabila dia memuat naik sebuah video sedang menyanyi di dalam sebuah bilik mandi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz dilihat sedang mendendangkan lagu daripada Kumpulan Ukays berjudul Siapa Yang Rampas Cintamu.
Namun apa yang menjadi tumpuan apabila anak kelahiran Singapura itu memperlihatkkan susuk tubuh badannya tanpa mengenakan sebarang baju sambil nyanyiannya yang memberikan suasana berbeza terhasil dari gema bilik air tersebut.
"Gema dalam bilik air beri vibes berbeza," tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tubuh badannya yang sasa itu dan kelunakan suara pelantun lagu Sayang-Sayang itu.
"Dah la hensem, suara pula merdu, body sempurna.
"Hot dan suara yang memukau.
"Hotnya Aliff.
"Suara sedap, muka hensem, badan sado, bergetar tulang rusuk Cik Lan.