Skip to main content

Filem

Tayangan Dihentikan Selepas Seminggu, ‘Konspirasi’ Bakal Diberi ‘Nafas Kedua’ Di Pawagam?

Tayangan Dihentikan Selepas Seminggu, ‘Konspirasi’ Bakal Diberi ‘Nafas Kedua’ Di Pawagam?

Sekilas

  • Filem 'Konspirasi' yang dihentikan tayangannya selepas seminggu pada Mei lalu dirancang untuk tayangan semula dengan sokongan rasmi FINAS diperlukan.
  • Filem ini mendapat sambutan baik di Singapura dengan tayangan selama enam hingga tujuh minggu dan berpotensi dibawa ke pasaran antarabangsa serta platform digital.
  • Pelakon utama, Datuk Adi Putra menegaskan mesej utama filem ini adalah isu korupsi yang relevan di Malaysia dan global, selain kontroversi yang pernah timbul.
Advertisement

Selepas tayangannya dihentikan hanya seminggu selepas memasuki pawagam pada Mei lalu, filem ‘Konspirasi’ kini berpeluang diberikan ‘nafas kedua’ menerusi sebuah edisi khas yang dirancang untuk kembali menemui penonton.

Elepfilm Entertainment Sdn Bhd memaklumkan pihaknya kini menyasarkan tayangan semula filem tersebut dengan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Advertisement

Penerbit Eksekutif Elepfilm Entertainment, Jack Yeoh berkata, pihaknya sudah mempunyai sasaran tarikh tertentu, namun pelaksanaan tayangan semula itu masih memerlukan sokongan rasmi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menurut Jack, edisi khas berkenaan tertakluk kepada pekeliling FINAS dan kerjasama badan berkenaan diperlukan sebelum rancangan itu dapat direalisasikan.

“Tanpa sokongan rasmi FINAS, projek tayangan semula tidak dapat dilaksanakan mengikut kelaziman industri,” katanya.

Jack berkata demikian ketika ditemui pada sesi tayangan khas ‘Konspirasi’ di TGV Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurutnya, antara faktor yang mendorong pihak produksi merancang tayangan semula adalah permintaan daripada penonton dan peminat yang mahu filem berkenaan kembali ke pawagam.

 

Sambutan sehingga enam ke tujuh minggu di Singapura

Bukan sekadar mahu kembali ke pawagam tempatan, pihak produksi turut melihat potensi membawa ‘Konspirasi’ ke pasaran antarabangsa termasuk Taiwan dan Korea Selatan.

Perancangan untuk memperluaskan keberadaan filem tersebut menerusi platform penstriman digital juga sedang diterokai.

Sambutan di Singapura dilihat sebagai antara petunjuk kepada potensi berkenaan apabila ‘Konspirasi’ dilaporkan mampu bertahan selama enam hingga tujuh minggu tayangan di negara jiran itu.

Beberapa negara lain juga sedang dalam rundingan bagi membuka ruang kepada tayangan lebih meluas dengan perkembangan lanjut akan diumumkan kemudian.

Adi Putra mahu penonton lihat mesej korupsi

Dalam pada itu, pelakon utama ‘Konspirasi’, Datuk Adi Putra melihat kontroversi yang pernah menyelubungi filem tersebut sebagai sebahagian daripada dinamika dunia hiburan yang mampu menarik perhatian penonton.

Bagaimanapun, Adi menegaskan perkara lebih utama yang perlu diberikan perhatian adalah mesej mengenai isu korupsi yang diketengahkan menerusi jalan ceritanya.

Menurutnya, elemen konspirasi dan sensasi sememangnya perlu ada, namun isu korupsi yang dibawa mempunyai relevansi bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global.

“Penonton seharusnya boleh memahami dan menilai realiti melalui sinopsis filem,” katanya.

Che Puan Sarimah Ibrahim pula menyambut baik usaha untuk memberikan peluang kedua kepada filem tersebut selepas melalui pelbagai cabaran di belakang tabir.

“Nafas kedua ini sangat dinantikan, meskipun timbul cabaran teknikal di belakang tabir.

“Kepuasan sebenar bagi barisan pelakon dan kru adalah apabila kerja keras mereka diakui dan dihargai oleh penonton,” katanya.

Pernah cetus spekulasi selepas tayangan dihentikan

Terdahulu, ‘Konspirasi’ mula ditayangkan di pawagam sebelum tayangannya ditamatkan pada 28 Mei lalu, hanya kira-kira seminggu selepas menemui penonton.

Keputusan berkenaan kemudiannya mencetuskan pelbagai spekulasi termasuk dakwaan wujud campur tangan pihak luar.

Bagaimanapun, Elepfilm Entertainment menegaskan keputusan menghentikan tayangan dibuat berdasarkan pertimbangan dalaman syarikat dan bukan sebahagian daripada strategi pemasaran atau gimik publisiti.

FINAS turut mengesahkan penamatan tayangan dibuat atas permintaan pihak penerbit dengan kenyataan rasmi diterima menerusi MA FE dan pengedar filem.

Pihak terlibat turut menolak dakwaan bahawa keputusan berkenaan dibuat disebabkan pengaruh luar dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai perkara tersebut.

Diterbitkan menerusi kerjasama Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films dengan edaran Primeworks Studios, ‘Konspirasi’ mengisahkan sebuah pasukan elit diketuai Adli yang merampas pelayan tersembunyi mengandungi senarai ahli politik korup.

Namun, misi yang pada awalnya mempunyai tujuan tersendiri bertukar menjadi perangkap berbahaya susulan pengkhianatan dalaman dan campur tangan asing.

Sesi tayangan khas berkenaan turut dihadiri YAM Tengku Temenggong Perlis, Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din.

Turut hadir mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki serta barisan pelakon termasuk Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Esma Daniel dan Amir Nafis.

Pihak penerbit akan berkongsi maklumat lanjut mengenai tarikh tayangan semula selepas memperoleh persetujuan rasmi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Must Watch Video

Advertisement