Penyanyi dan komposer, Taylor Swift mengumumkan pertunangannya dengan bintang bola sepak Amerika, Travis Kelce pada Rabu.
Menerusi hantaran di Threads, pelantun lagu Daylight itu berkongsi beberapa keping gambarnya bersama Travis berserta cincin pertunangannya.
"Your English teacher and your gym teacher are getting married,” tulis Taylor ringkas.
Dalam gambar tersebut, Travis turut kelihatan melutut untuk melamar penyanyi itu sebelum mereka berpelukan penuh romantis.
Advertisement
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat teruja dengan berita gembira itu dan menitipkan ucapan tahniah pada pasangan tersebut.
“Kami begitu gembira untuk kamu berdua dan memang tidak boleh bertenang sekarang ini.
“Tahniah kerana menjadikan 'love story' satu kenyataan.
“Tahniah kepada kamu berdua. Taylor, nampaknya semua lagu kamu membawa kepada Travis dan nikmatilah detik ini. Nama tunang saya juga Travis.
“Tahniah atas pertunangan kamu Taylor dan Travis, kami sayang kamu berdua. Semoga berjaya memulakan lembaran baru,” tulis peminatnya.
Sebelum ini, bapa Travis, Ed Kelce, sempat berkongsi mengenai lamaran tersebut menerusi News 5 Cleveland yang sebenarnya telah berlangsung hampir dua minggu lalu di sebuah taman di Lee’s Summit, Missouri selepas mendapat galakan daripada Ed sendiri dan bapa Taylor, Scott Swift.
“Travis pada mulanya mahu menangguhkan lamaran tapi akhirnya melakukannya ketika mereka keluar menikmati wain. Saat itu sangat indah,” katanya.