Skip to main content

Hiburan

Tengah Berdepan Ujian Rumah Tangga, Kamal Adli Sempat Doakan Faisal Halim & Isteri... - “Allah Bless Korang…”

bdfbdf

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli meninggalkan komen doa di media sosial untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dan isterinya yang dilaporkan kembali rujuk.
  • Komen Kamal itu mendapat sokongan netizen yang mendoakan kekuatan buatnya susulan isu rumah tangga yang sedang dihadapinya.
  • Kamal menafikan dakwaan keganasan rumah tangga oleh isterinya, Uqasha Senrose, yang memfailkan permohonan cerai pada Oktober lalu.

Pelakon Kamal Adli menarik perhatian ramai apabila meninggalkan komen di sebuah hantaran media sosial berkaitan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim dan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril yang dilaporkan kembali rujuk baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran dimuat naik oleh sebuah stesen radio tempatan, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, tampil meninggalkan komen berbentuk doa terhadap pasangan tersebut. 

“Allah bless korang,” tulisnya disertakan emoji wajah sedih.

Komen berkenaan segera mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tampil memberikan kata-kata semangat kepada Kamal, lebih-lebih lagi susulan pelakon itu sedang berdepan ujian dalam rumah tangganya.

Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuk:

“Stay strong.

“Allah pun bless Kamal dan Uqasha.

“Jangan risau, awak memang baik Kamal. Semoga pengakhiran yang baik,” komen beberapa netizen. 

Rata-rata netizen turut mendoakan agar Kamal diberikan kekuatan serta dipermudahkan segala urusan peribadi yang sedang dihadapinya ketika ini.

Terdahulu, isterinya, Uqasha Senrose mendakwa suaminya melakukan keganasan terhadap dirinya selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bagaimanapun, Kamal ketika ditemui media menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan kesediaannya bersumpah menjunjung al-Quran bagi menafikan tuduhan mendera serta memukul sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Sebelum itu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Untuk rekod, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Must-Watch Video

Advertisement