Skip to main content

Hiburan

Tengok F1 Dengan Tunang, Bella Astillah Dedah Ada Buat ‘Kesilapan Besar’ - “Saya Pakai…”

Bella Astillah

Sekilas

  • Bella Astillah berkongsi pengalaman pertamanya menonton perlumbaan Formula One (F1) bersama tunangnya, Syed Saddiq, di Sepang.
  • Dia gembira dapat bertemu rakan-rakan lama seperti Janna Nick dan Mawar Rashid semasa acara tersebut.
  • Bella mengakui kesilapan memakai kasut tumit tinggi yang menyebabkan kakinya sakit sepanjang hari.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi pengalaman pertamanya menonton perlumbaan Formula One (F1) bersama tunangnya iaitu Syed Saddiq baru-baru ini. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di TikTok, Bella turut berasa gembira apabila dapat bertemu dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak ketemu antaranya aktres Janna Nick dan Mawar Rashid. 

 

“Ini sebenarnya kali pertama saya tengok F1 dan sejujurnya tak tahu nak jangka apa. Dalam perjalanan ke Sepang dengan tunang saya, saya sudah teruja. 

 

“Sebab ini sesuatu pengalaman yang saya tak pernah lalui sebelum ini. Alhamdulillah, sampai saja, ramai sangat orang, memang penuh, panas, jauh nak jalan. 

Advertisement

 

“Tapi dalam masa sama, energy dekat sana lain. Bila dapat jumpa semua orang happy sebab waktu ini la dapat jumpa kawan-kawan lama tak jumpa,” kongsinya. 

 

Dalam pada itu, Bella juga mengakui dia ada membuat satu kesilapan iaitu memakai kasut tumit tinggi yang menyebabkan kakinya sakit. 

 

“Ini adalah kesilapan besar untuk hari ni (Sabtu). Saya pakai kasut tumit tinggi. Tengok semua orang pakai kasut. Tak apa la, pengalaman. 

 

“Sudah tentu ia hari yang akan diingati. Lepas ini, pakailah kasut,” ujarnya. 

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

ROOFLESS Baju Renang Lelaki Dewasa Swimming Suit Man Baju Mandi Seluar Renang Seluar Mandi Swimsuit Man Baju Swimming

ROOFLESS Baju Renang Lelaki Dewasa Swimming Suit Man Baju Mandi Seluar Renang Seluar Mandi Swimsuit Man Baju Swimming

Jelly Bunny Grase Glis Flats & Sandals - Caramel B22WLSI005

Jelly Bunny Grase Glis Flats & Sandals - Caramel B22WLSI005

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

PUMA Class Relaxed Pinnacle Men's Polo

PUMA Class Relaxed Pinnacle Men's Polo

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

[Flower Series] MIROREE Camelle Women Comfort Flat Sandals Kasut Selesa Lightweight

[Flower Series] MIROREE Camelle Women Comfort Flat Sandals Kasut Selesa Lightweight

Must Watch Video

Advertisement