Sekilas
- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, mengucapkan terima kasih kepada isteri tercinta, Bella Astillah, yang sentiasa menyokongnya sejak dua tahun lalu.
- Syed Saddiq teruja kerana ini kali pertama Bella hadir ke Muar sebagai isterinya walaupun sudah beberapa kali datang sebelum ini.
- Majlis resepsi mereka diadakan di Yong Sheng, Muar, Johor, dan Syed Saddiq berharap dapat meluangkan lebih masa bersama rakyat yang hadir dari pelbagai tempat.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menzahirkan ucapan terima kasih buat isteri tercinta iaitu pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang sentiasa berada di sisinya sejak dua tahun lalu.
Biarpun sudah beberapa kali, namun Syed Saddiq tetap meluahkan rasa teruja apabila buat kali pertama isterinya datang ke Muar sebagai isterinya.
“Raja sehari takkan sempurna tanpa ratu. Terima kasih kepada isteri saya kerana setia berada di sisi saya… dah masuk tahun kedua.
“Tak ingat berapa kali dia turun Muar. Tapi InsyaAllah takkan penat turun ke Muar beberapa kali. Buat pertama kali dia turun Muar sebagai isteri saya,” kongsinya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq turut berharap beliau dapat meluangkan lebih masa dengan semua rakyat Muar yang hadir ke majlis resepsi dari pukul 6 pagi.
“Kalau boleh saya nak lebih luangkan masa dengan rakyat, tunggu di bawah panas terik. Cuma, kami ingin ucapkan terima kasih, ada yang datang dari Perlis, Kedah, terbang dari Kuching, memandu dari Singapura… kami terhutang budi.
“Cuma kami ingin ucapkan terima kasih. Kami ingin menyusun 10 jari mohon maaf jika ada kekurangan, tak disangka sebab ada yang datang dari pukul 6 pagi. Kalau boleh saya nak jumpa seramai yang mungkin.
“Terima kasih kerana mendoakan kebahagian kami, moga kebahagian ini dapat dikongsikan semula, perkara ni takkan berlaku tanpa doa kalian dan dalam masa yang sama, takkan berjaya tanpa kesetiaan isteri disisi saya,” ujarnya.
Majlis resepsi Syed Saddiq dan Bella Astillah diadakan di Yong Sheng, Muar, Johor pada Sabtu.