Skip to main content

Hiburan

"Terima Kasih Juga Buat Azeva Di Atas..." - Zizan Razak

"Terima Kasih Juga Buat Azeva Di Atas..." - Zizan Razak

Sekilas

  • Zizan Razak memuji bakat dan kerjasama Azeva Natasha selepas mengendalikan program Borneo Rising bersama selama dua minggu.
  • Azeva mengucapkan terima kasih kepada Zizan atas ilmu, bimbingan, dan sokongan sepanjang kerjasama mereka.
  • Azeva menggantikan pengacara Sherry Al-Hadad yang sibuk dengan pementasan teater muzikal Mansur dan Liu.
Advertisement

Pengacara dan pelawak, Zizan Razak menzahirkan penghargaan terhadap bintang baharu, Azeva Natasha selepas selesai mengendalikan program Borneo Rising bersama selama dua minggu.

Menerusi hantaran di Threads, Zizan mengakui Azeva mempunyai bakat dan mendoakan agar perjalanannya dalam dunia seni dipermudahkan.

Advertisement

“Alhamdulillah, selesai sudah Borneo Rising minggu ketiga. Meriah betul minggu ini dan sokongan yang baik daripada orang-orang Sabah. You guys rock.

“Dan terima kasih juga buat Azeva di atas kerjasama yang cukup baik. Awak talented, awak cantik. Saya doakan awak pergi lebih jauh dan maju lagi selepas ini dalam industri kita,” tulisnya.

Pada masa sama, Azeva juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Zizan atas segala ilmu, bimbingan dan sokongan yang diberikan sepanjang mereka bekerjasama.

“Thank you too Abang Zizan. Really appreciate all the ilmu, guidance & support from Abang Zizan.

“Semoga ada rezeki kita jumpa dan bekerjasama lagi nanti,” katanya.

Sekadar info, Azeva menggantikan pengacara, Sherry Al-Hadad selama dua minggu kerana terlibat dalam pementasan teater muzikal Mansur dan Liu.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement