Skip to main content

Hiburan

“Terima Kasih Munir Bahagiakan Marissa” - Abby Abadi

“Terima Kasih Munir Bahagiakan Marissa” - Abby Abadi

Sekilas

  • Abby Abadi memuat naik ucapan penghargaan kepada Munir yang dikatakan rapat dengan anak perempuannya, Marissa Dania, di InstaStory.
  • Spekulasi hubungan Marissa dan model Munir semakin hangat selepas mereka kerap berkongsi hantaran sama di TikTok dan Munir memuat naik foto Marissa dengan emoji hati putih.
  • Marissa sebelum ini menjadi perhatian selepas kontroversi perkahwinannya dengan Aslam yang berakhir pada 22 Jun, dan pernah mengalami keguguran pada Ogos 2024.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menitipkan ucapan penghargaan kepada individu dikenali sebagai Munir yang didakwa rapat dengan anak perempuannya, Marissa Dania.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Abby memuat naik semula hantaran Marissa yang memaparkan aksesori tangan dipakai mereka selain berkongsi momen meluangkan masa bersama.

Advertisement

Lebih mencuri perhatian apabila Abby turut menulis ucapan yang seakan-akan memberi restu kepada individu berkenaan.

“Thank you adik belanja mama, abah dan adik-adik duduk hotel. Terima kasih kerana berkongsi rezeki.

“Terima kasih Munir bahagiakan Marissa,” tulisnya.

Advertisement

Sebelum ini, timbul dakwaan Marissa kini sedang menjalin hubungan dengan seorang model dikenali sebagai Munir.

Spekulasi tersebut tercetus selepas netizen mendapati Marissa dan Munir kerap berkongsi semula hantaran sama dalam TikTok.

Malah, Munir turut menguatkan lagi spekulasi apabila memuat naik foto Marissa dalam InstaStory miliknya dengan meletakkan emoji hati berwarna putih sehingga mengundang pelbagai andaian dalam kalangan warganet.

Terdahulu, Marissa pernah menjadi perhatian apabila perkahwinannya dengan Aslam mencetuskan kontroversi selepas memilih untuk menjadi isteri kedua.

Bagaimanapun, Marissa dan Aslam disahkan bukan lagi suami isteri pada 22 Jun lalu.

Untuk rekod, Marissa juga pernah mengalami keguguran anak pertama ketika usia kandungan mencecah enam bulan pada Ogos 2024.

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

(TEAM VITRI SHOP) KAFTAN TIDUR RAYA LIMITED EDITION COTTON mix POLYSTER,BAJU TIDUR,KAFTAN TIDUR,DRESS TIDUR

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

Must Watch Video

Advertisement