Skip to main content

Hiburan

Terima Komen Provokasi, Siti Nurhaliza Kenal Pemilik Akaun Threads - “Kalau Gentleman, Datang Jumpa Saya”

Terima Komen Provokasi, Siti Nurhaliza Kenal Pemilik Akaun Threads - “Kalau Gentleman, Datang Jumpa Saya”

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza mengulas komen provokasi di Threads dengan berkata dia mengenali individu tersebut dan hanya ingin melihat reaksinya.
  • Siti menjelaskan penggunaan teleprompter semasa persembahan adalah biasa untuk membantunya melihat lirik lagu.
  • Individu yang meninggalkan komen negatif mengenai lirik Siti akhirnya memadamkan komen tersebut selepas penjelasan diberikan.
Advertisement

“Saya kenal dia,” demikian respon Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengulas mengenai komen berbaur provokasi yang ditinggalkan seorang individu terhadapnya menerusi platform Threads baru-baru ini.

Malah, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin juga yakin bahawa individu tersebut juga mengetahui bahawa dirinya mengenali pemilik akaun berkenaan.

Advertisement

Ujar pelantun Wajah Kekasih ini, dia hanya mahu melihat reaksi individu berkenaan selepas dirinya tampil membalas komen yang diberikan.

“Saya kenal dia. Dia tahu saya kenal dia. Tapi saja-saja nak tengok reaksi dia. Bagi saya dia sengaja.

“Kita bukannya nak bergaduh di Threads tu tak guna pun. Bagi saya, kalau gentleman datang jumpa saya, cakap dengan saya,” katanya kepada Gempak.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada program MeleTOP bertempat di Astro Bukit Jalil pada Selasa.

Mengulas mengenai komen individu tersebut yang mempertikaikan persembahannya, ibu kepada dua cahaya mata ini menjelaskan bahawa penggunaan teleprompter sememangnya menjadi kebiasaan untuk membantunya melihat lirik ketika membuat persembahan.

“Ketika membuat persembahan memang saya ada gunakan teleprompter. Kalau saya nyanyi perfect tu maknanya mata saya elok dan jelas tengok lirik.

“Kalau mata saya tak berapa nak jelas, saya memang akan kelam-kabut sikit.

“Jadi tak ada isu saya ingat lirik atau tak ingat. Kadang-kadang akan ada waktu kita menyanyi perfect, ada ketika kita tersilap lirik, ada pula lagu yang kita tersalah sebut,” tambahnya lagi.

Terdahulu, seorang individu mencetuskan perhatian selepas meninggalkan komen berbaur provokasi terhadap Siti dengan mendakwa penyanyi berkenaan sering terlupa lirik ketika menyampaikan lagu sendiri, namun mampu menghafal lirik lagu berbahasa Inggeris.

Siti kemudiannya tampil memberikan respon terhadap momen berkenaan dengan menjelaskan bahawa dirinya menyanyikan lagu tersebut sambil melihat ke arah teleprompter yang disediakan.

Individu berkenaan kemudiannya dilihat telah memadam komen yang ditulisnya itu.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement