Skip to main content

Hiburan

Terima Mesej Makian, Hisyam Hamid Anggap ‘Misi Berjaya’ - “Bila Penonton Marah, Saya Rasa Macam…”

ASTROGEMPAK Hisyam Hamid

Sekilas

  • Pelakon Hisyam Hamid menerima mesej makian dan cacian kerana wataknya sebagai Luqman dalam drama 'Ikatan Terlarang'.
  • Hisyam mengakui pernah terfikir untuk membalas komen netizen tetapi memilih untuk tidak melayan kerana ia adalah reaksi terhadap watak, bukan dirinya.
  • Dia melihat kemarahan penonton sebagai tanda lakonan jahatnya berjaya dan memberi dimensi berbeza dalam kerjaya lakonannya.
Advertisement

Pelakon Hisyam Hamid mendedahkan dia ada menerima mesej berbaur makian dan cacian disebabkan wataknya sebagai Luqman dalam drama ‘Ikatan Terlarang’. 

 

Advertisement

Menurut Hisyam, dia ada terfikir untuk membalas mesej dan komen netizen yang meluahkan kemarahan terhadap dirinya dan pelakon Mawar Rashid.  

 

“Ada terima mesej makian dan cacian. Tapi pada saya macam biasa saja la tu kan sebagai watak. Tapi ada yang siap tag nama saya dan Mawar.

Advertisement

 

“Ada yang mesej 'Hisyam dengan Mawar ini manusia paling siap sekali dalam Malaysia'. Saya mula-mula macam nak balas cakap bukan Hisyam yang jahat, Luqman yang jahat.

 

“Kalau nak marah, marahlah watak… jangan marah saya. Tapi bila fikir balik, tak apa la. Biarkan saja,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, pelakon berusia 40 tahun itu menganggap kemarahan penonton itu membuktikan lakonan jahatnya menjadi. 

 

“Bila penonton marah, saya rasa macam misi berjaya la sebab nak jadi jahat ini memang itulah tujuan dia. Untuk buat orang tak suka, orang benci. 

 

“Dan saya rasa sebagai pelakon pun, ia memberi satu dimensi yang berbezalah daripada sudut lakonan saya,” ujarnya lagi. 

 

Selain Hisyam, drama Ikatan Terlarang turut dibintangi oleh Erysha Emyra, Alif Hadi, Mawar Rashid, Arash dan Raja Azura. 

Anda mungkin berminat dengan

Studiolands T-Shirt Microfiber Mini Eyelet 160gsm, S sampai 5XL

Studiolands T-Shirt Microfiber Mini Eyelet 160gsm, S sampai 5XL

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

adidas Lifestyle 4ATHLTS Duffel Bag Small Unisex Black IM5523

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must Watch Video

Advertisement