Skip to main content

Hiburan

Terkejut Kena Buat Kerja Rumah, Aurel Hermansyah Minta Berpisah Sebulan Lepas Menikah Atta Halilintar

Astrogempak AURELL

Sekilas

  • Aurel Hermansyah pernah minta berpisah dengan Atta Halilintar selepas sebulan berkahwin kerana terkejut perlu urus rumah tanpa bantuan seperti sebelum kahwin.
  • Atta menangani situasi itu dengan tenang dan memberi kesedaran bahawa kehidupan berumah tangga bukan seperti dalam filem.
  • Dari pengalaman tersebut, Aurel belajar menurunkan ego serta memahami pentingnya kerjasama dan toleransi dalam rumah tangga.

Sudah menikah lebih lima tahun, ternyata Aurel Hermansyah ada menyimpan rahsia tentang perkahwinan bersama Atta Halilintar.

Ibu dua anak itu mengaku pernah meminta berpisah selepas sebulan berkahwin. Alasan Aurel mahu berpisah daripada YouTuber terkenal Indonesia tersebut adalah kerana terkejut perlu memikirkan dan mengurus hal rumah tangga tanpa bantuan.

"Jadi awal saya nikah baru satu bulan saya minta pisah. Sama Atta," ungkap Aurel sewaktu menjadi tetamu di sebuah podcast seperti dilaporkan Detik.

Menurut puteri sulung Kris Dayanti dan Anang Hermansyah itu, sebelum berkahwin dan saat masih tinggal bersama ibu dan bapa, semua hal rumah diurus atau dibantu oleh pembantu rumah.

“Saya terkejut kerana sesak dulu saat sebelum kahwin, semua kelengkapan atau apa yang di rumah sudah ada yang siapkan. Tapi selepas menikah saya harus fikir dan uruskan rumah sendiri.

“Saya perlu uruskan pembantu rumah, makan dan semua saya kena fikir kendiri,” katanya lagi.

Malah kata Aurel dia terkejut dengan reaksi Atta selepas meminta berpisah. Tidak seperti yang dibayangkan termasuk Atta mungkin akan memujuknya, sebaliknya lelaki itu menangani masalah yang dihadapi dengan tenang.

Atta, kata Aurel lagi bersedia untuk menghantarnya pulang ke rumah ibu dan bapanya. Dan suaminya itu juga memberi kesedaran buatnya tentang kehidupan berumah tangga memang bukan seperti yang ditonton di kaca televisyen.

“’’Semua itu bukan macam dalam filem, please', dia cakap begitu,” katanya.

Pada akhirnya, dari pengalaman tersebut, Aurel mengaku belajar  menurunkan ego dan memahami erti kerja sama dan toleransi dalam rumah tangga.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement