Sekilas
- Dr Afifah Hidayah, bekas isteri penyanyi Nubhan, mengakui tahun 2025 sangat mencabar baginya.
- Beliau berharap tahun 2026 membawa sinar baru dan berazam untuk berdamai dengan masa lalu.
- Dr Afifah juga menitipkan doa agar anak-anaknya mendapat takdir terbaik dan perlindungan sepanjang tahun baru.
Tahun 2025 sememangnya sangat mencabar buat bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Bagaimanapun Dr Afifah atau mesra disapa sebagai Dr Fie berharap tahun 2026 akan memberi sinar baru dalam hidupnya selain dia mahu berdamai dengan masa lalunya.
“Memasuki tahun 2026, menghormati nilai diri saya. Tiada lagi tergesa-gesa, tiada lagi menjelaskan hanya bijak bergerak niat yang jelas.
“Saya ingin berdamai dengan masa lalu saya, teruskan… bukan kerana ia mudah, tetapi kerana Allah memegang tangan saya melalui semua itu,” katanya.
Menyedari bukan mudah untuk melangkah ke tahun baharu, Dr Fie berkata dia akan sentiasa menitipkan doa buat anak-anaknya.
“Dan yang paling penting, saya tidak akan lupa doa untuk anak-anak ibu, ‘jadikanlah anak-anakku lebih beruntung dariku dalam segala hal. Kurniakanlah takdir terbaik dan lindungi mereka dari takdir yang buruk’.
“Dengan iman dalam hatiku, tenang dalam jiwaku, Saya melangkah ke 2026 lebih kuat. Terlihat susah tapi bismillah,” kongsinya.
Sumber - Threads