Skip to main content

Berita

Tertinggal Anak Di Stesen Minyak, Baru Tersedar Selepas 130KM Memandu

AstroGempak Tertinggal anak

Sekilas

  • Sepasang suami isteri terkejut apabila menyedari anak perempuan mereka berusia enam tahun tertinggal di stesen minyak selepas memandu lebih 130 kilometer.
  • Kanak-kanak itu ditemui orang awam dan diserahkan kepada polis di Balai Polis Khao Din, Ratchaburi, sebelum ibu bapanya dihubungi.
  • Polis berjaya mengenal pasti keluarga kanak-kanak melalui sistem pendaftaran awam dan memastikan keselamatannya sebelum diserahkan kepada ibu bapa.
Advertisement

Sepasang suami isteri hanya menyedari anak perempuan mereka berusia enam tahun tertinggal di stesen minyak selepas memandu lebih 130 kilometer dari lokasi berkenaan.

Memetik laporan media tempatan, kejadian berlaku ketika mereka berhenti menggunakan tandas sebelum ditemui orang awam dan diserahkan kepada pihak polis dari Balai Polis Khao Din di wilayah Ratchaburi.

Advertisement

Menurut laporan, kanak-kanak itu memaklumkan kepada polis bahawa dia sebelum itu ke pantai di Cha-am, wilayah Phetchaburi bersama nenek dan keluarganya, namun tidak mengetahui nombor telefon penjaganya.

Polis kemudian menggunakan maklumat nama penuh yang diberikan bagi membuat semakan dalam sistem pendaftaran awam sebelum berjaya mengenal pasti ibu bapanya.

Tambah laporan itu, pihak polis segera menghubungi ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk hadir ke balai polis bagi menjemputnya.

Advertisement

Sepanjang berada dalam jagaan polis, kanak-kanak itu dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun sedikit ketakutan.

Ibu bapanya kemudiannya hadir ke Balai Polis Khao Din untuk mengambil anak mereka.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

iDECO™ 1Pcs Multifunctional Car Seat Back Water Cup Holder with Hook Rear Storage Box Auto Beverage Rack

iDECO™ 1Pcs Multifunctional Car Seat Back Water Cup Holder with Hook Rear Storage Box Auto Beverage Rack

(Magnetic) S70 X70 X50 X90 Saga BLM FLX Waja Wira Exora Gen2 Persona Inspira Naza Citra Proton Magnet Sun Shade Sunshade

(Magnetic) S70 X70 X50 X90 Saga BLM FLX Waja Wira Exora Gen2 Persona Inspira Naza Citra Proton Magnet Sun Shade Sunshade

👍car scratch remover Body Compound car Scratch Repair Agent Car Scratch Repair ​Kits Auto Body Compound Care 划痕修复剂

👍car scratch remover Body Compound car Scratch Repair Agent Car Scratch Repair ​Kits Auto Body Compound Care 划痕修复剂

12pcs Car Detailing Brush Kit Wire bristles Wheel Rims Clean Brush Set Sponge Accessories Parts Wash gloves Clean Tool Tire Brush 汽车细节刷

12pcs Car Detailing Brush Kit Wire bristles Wheel Rims Clean Brush Set Sponge Accessories Parts Wash gloves Clean Tool Tire Brush 汽车细节刷

Number Plate Kereta 2D Auto Car Plate (Tulisan Tanam) Nombor Plat Kereta 车牌 No Flat JPJ Pass Font Silver / White Custom

Number Plate Kereta 2D Auto Car Plate (Tulisan Tanam) Nombor Plat Kereta 车牌 No Flat JPJ Pass Font Silver / White Custom

TOYO-G Brake & Parts Cleaner Spray (300ml)

TOYO-G Brake & Parts Cleaner Spray (300ml)

Must Watch Video

Advertisement