Skip to main content

Viral

Tetamu 'Diganggu', Roslan Shah Hentikan Night Walk Bersama DSV & Fazley Yaakob! - "Bulu Roma Saya Naik, Rasa 'Lain' Sebelum Mula..."

Tetamu 'Diganggu', Roslan Shah Hentikan Night Walk Bersama DSV & Fazley Yaakob! - "Bulu Roma Saya Naik, Rasa 'Lain' Sebelum Mula..."

Sekilas

  • Pengacara Roslan Shah berkongsi pengalaman Night Walk bersama Datuk Seri Vida yang terpaksa dihentikan awal selepas DSV berasa kurang selesa dan hampir pengsan.
  • Fazley Yaakob membantu mengawal keadaan dengan membaca ayat suci al-Quran, dan Roslan menegaskan Night Walk adalah program komedi santai, bukan paranormal.
  • Night Walk kini bersiaran di YouTube dan berpotensi dibawa ke Malaysia, Brunei, dan Indonesia dengan sokongan penaja.
Advertisement

Pengacara dan penyanyi Roslan Shah tidak menyangka sesi Night Walk bersama Datuk Seri Vida (DSV) dan Datuk Fazley Yaakob bertukar menjadi pengalaman berbeza apabila aktiviti tersebut terpaksa dihentikan lebih awal.

Menurut Roslan atau mesra disapa Cik Lan, sepanjang mengendalikan program berkenaan, belum pernah ada tetamunya berdepan situasi seperti yang dialami DSV pada malam tersebut.

Advertisement

Malah, Roslan mendakwa dia sendiri sudah merasakan sesuatu yang berbeza sebelum aktiviti bermula, namun memilih untuk meneruskan program seperti dirancang.

“Saya memang tak sangka sebab selama buat Night Walk, ini pertama kali tetamu saya mengalami gangguan sampai kami terpaksa berhenti. Sejujurnya, saya sendiri rasa ‘lain’ sebelum Night Walk bermula dan ada momen yang membuatkan bulu roma saya naik.

“Tetapi, saya kuatkan hati dan tetap memulakan program seperti dirancang. Pada mulanya semuanya okey, tetapi tiba-tiba DSV rasa kurang selesa dan hampir nak pengsan. Jadi kami tak mahu ambil risiko dan terus hentikan sesi malam itu,” katanya.

Dalam situasi tidak dijangka itu, Roslan bersyukur kerana Fazley turut berada bersama mereka dan mempunyai sedikit pengetahuan untuk membantu mengendalikan keadaan.

“Nasib baik malam itu ada Fazley. Dia ada sedikit ilmu agama dan tahu apa yang perlu dilakukan ketika berdepan keadaan seperti itu. Alhamdulillah semuanya dapat dikawal dan DSV pun kembali okey,” katanya.

Sebelum ini, Fazley menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan sesi Night Walk berkenaan terpaksa dihentikan lebih awal selepas DSV berasa kurang selesa.

Fazley turut mendakwa kehadiran ‘mereka’ agak kuat ketika itu sebelum membaca beberapa ayat suci al-Quran. DSV kemudian dilaporkan kembali pulih pada malam yang sama.

Susulan kejadian berkenaan, Roslan menegaskan Night Walk bukan program paranormal yang bertujuan mencari, memuja atau memanggil makhluk halus.

Sebaliknya, program tersebut membawa konsep komedi ‘parataknormal’ yang menggabungkan aktiviti berjalan pada waktu malam dengan elemen hiburan.

Menurut Roslan, dia dan tetamu kebiasaannya akan membawa makanan, mengenakan pakaian mengikut tema serta berinteraksi menerusi lawak spontan sepanjang rakaman.

Justeru, sebarang kejadian tidak dijangka yang berlaku ketika mereka berada di sesuatu lokasi bukanlah sesuatu yang dirancang untuk kandungan program.

“Night Walk ini bukan memuja atau memanggil hantu. Kami hanya bersantai dan menghasilkan kandungan untuk menghiburkan peminat. Kami bawa makanan, ada tema pakaian dan selebihnya banyak kepada lawak spontan,” jelasnya.

Sepanjang Night Walk dijalankan, Roslan sudah mengundang ramai selebriti untuk menyertainya termasuk Hetty Sarlene, Hisyam Hamid, Taufik Batisah, Datuk Seri Aliff Syukri, Ieda Moin, Mamat Sepah dan Anna Jobling.

Sambutan yang diterima daripada peminat turut mendorong Roslan mengambil keputusan menerbitkan sendiri program berkenaan selepas menerima banyak permintaan daripada pengikut.

“Ramai peminat minta saya buat produksi sendiri dan akhirnya terlaksana, Alhamdulillah. Sekarang Night Walk sudah lebih tiga bulan bersiaran di YouTube menerusi Adik Adik Entertainment,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Roslan mendedahkan sudah ada pihak penaja yang berminat membawa konsep Night Walk ke luar Singapura termasuk Malaysia, Brunei dan Indonesia.

“Insya-Allah, ada pihak penaja yang mengajak produksi saya buat di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Kalau semuanya dipermudahkan, insya-Allah kita akan bawa Night Walk ke sana pula,” katanya.

Biarpun kejadian bersama DSV menjadi pengalaman pertama yang tidak dijangka sepanjang program itu dijalankan, Roslan menegaskan Night Walk akan terus mengekalkan konsep asal sebagai kandungan hiburan santai dan komedi, bukannya program yang sengaja mencari kejadian paranormal.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement