Skip to main content

Hiburan

“Tetaplah Bersama Walau Keadaan Tidak Sempurna” - Che Ta Sebak Lepaskan Anak Sulung Bergelar Suami

IMG 5540

Sekilas

  • Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan kini bergelar ibu mentua selepas anak sulungnya, Ammar Effendy, berkahwin dengan Auni Ikhwan dalam majlis akad nikah bertemakan Garden Wedding di GlamHall Damansara.
  • Majlis dihadiri kira-kira 200 tetamu dan menyaksikan pertukaran mas kahwin RM300 serta hantaran jongkong emas, diikuti upacara membatalkan air sembahyang dan penyarungan cincin berlian 1.8 karat.
  • Che Ta berkongsi nasihat tentang pentingnya kesabaran dan saling memahami dalam rumah tangga, serta berharap pasangan itu membina keluarga yang bahagia dan harmoni.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, kini bergelar ibu mentua apabila anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Auni Ikhwan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di GlamHall Damansara, pada malam Jumaat.


 

Advertisement

Pasangan itu disatukan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 8.41 malam oleh bapa pengantin perempuan, Ikhwan Hashim, sambil disaksikan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Abdus Salam Mahmud.


 

Majlis bertemakan Garden Wedding yang berlangsung bersempena 10 Muharam itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Advertisement


 

Dalam majlis berkenaan, Ammar menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 selain wang hantaran berbentuk jongkong emas.


 

Pasangan mempelai turut bertukar tujuh dulang hantaran dan majlis diteruskan dengan upacara membatalkan air sembahyang, apabila Ammar menyarungkan cincin berlian 1.8 karat kepada isterinya.


 

Berkongsi perasaannya sebagai ibu, Che Ta mengakui sukar menahan sebak apabila melihat anak sulungnya melangkah ke alam rumah tangga.


 

“Tetaplah bersama walau dalam keadaan tidak sempurna dan apa sekalipun. Moga Ammar dapat menjadi suami yang melindungi dan bukannya ‘bossy’.


 

“Buat Auni, jadilah isteri yang sentiasa mendampingi dan bukan sekadar menemani,” katanya.


 

Menurut pelakon drama Kiah Pekasam itu lagi, kebahagiaan rumah tangga bukan bermaksud pasangan tidak pernah diuji, sebaliknya bagaimana mereka memilih untuk terus bertahan ketika berdepan cabaran.


 

“Dalam berumah tangga ini, Ammar dan Auni kenalah sentiasa berpegangan tangan dalam setiap keadaan. Jangan lepaskan pegangan itu ketika susah atau berdepan kegetiran.


 

“Dalam perkahwinan ini, kebahagiaan bukan mengenai pasangan yang tak diuji, tetapi pasangan yang tetap bersama walaupun diuji,” katanya.


 

Che Ta yang pernah melalui pengalaman berumah tangga sebelum ini berharap anak dan menantunya sentiasa bersikap matang dalam mengharungi setiap fasa kehidupan bersama.


 

“Dalam hidup ini, apatah lagi berumah tangga, pasti tidak lepas daripada ujian. Mungkin tahun pertama atau kedua terasa indah, tetapi apabila usia perkahwinan semakin panjang dan diserikan dengan kehadiran anak, pasti akan datang pelbagai cabaran.


 

“Namun cubalah untuk terus bertolak ansur dan saling memahami. Perkahwinan ini bukan seperti menukar pakaian.


 

“Jangan sesekali fikir jalan mudah untuk lari daripada apa juga dugaan. Semoga mereka dapat membina rumah tangga yang dipenuhi sakinah, mawaddah dan warahmah,” katanya.


 

Mengulas konsep majlis akad nikah, Che Ta berkata tema Garden Wedding dipilih hasil persetujuan kedua-dua keluarga yang mahukan suasana sederhana tetapi elegan.


 

Ammar segak mengenakan persalinan serba putih rekaan Man Kajang, manakala Auni tampil anggun dalam busana rekaan Zaimi Zulkifly.


 

Majlis itu turut dikendalikan Ahmad Fedtri Yahya sebagai pengacara, manakala bacaan doa disampaikan oleh PU Amin.


 

Untuk rekod, Ammar dan Auni mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober tahun lalu.


 

Pasangan itu dijadual diraikan dalam majlis resepsi bertemakan Black Tie di Shah Alam malam ini sebelum majlis bertandang berlangsung pada 4 Julai depan.

Anda mungkin berminat dengan

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

McJoden - KOHANA Baju Tidur Perempuan Short Sleeve Long Pants Wanita set nightwear pajamas woman Pajamas ladies

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Must Watch Video

Advertisement