Skip to main content

Hiburan

Thee Marloes Kembali Dengan Album ‘Di Hotel Malibu’

Astro Gempak 495

Sekilas

  • Thee Marloes, trio soul dari Indonesia, melancarkan album kedua mereka bertajuk Di Hotel Malibu pada 22 Mei melalui Big Crown Records.
  • Album ini menampilkan eksplorasi muzik yang lebih berani dengan 14 lagu yang menggabungkan groove matang dan nuansa soul moden.
  • Di Hotel Malibu diinspirasikan oleh pengalaman hidup dua tahun terakhir mereka serta kejayaan menembusi pasaran antarabangsa.
Advertisement

Trio soul dari Indonesia, Thee Marloes kembali dengan album kedua berjudul Di Hotel Malibu yang dilancarkan menerusi label terkenal Big Crown Records pada 22 Mei lalu.

Selepas mencuri perhatian menerusi album sulung Perak dua tahun lalu, Thee Marloes kini tampil dengan karya yang disifatkan lebih berani dan terbuka dari segi eksplorasi muzik.

Advertisement

Menurut kenyataan rasmi, album tersebut bukan meninggalkan identiti asal mereka, sebaliknya memperluaskan lagi horizon bunyi soul yang menjadi kekuatan kumpulan itu sejak awal penubuhan.

Dianggotai vokalis dan pemain papan kekunci Natassya Sianturi, gitaris serta penerbit Sinatrya Dharaka dan pemain dram Tommy Satwick, Thee Marloes terus mempertaruhkan identiti muzik yang dibina menerusi susunan groove matang dan nuansa soul moden.

Malah menerusi Di Hotel Malibu, kumpulan tersebut dilihat lebih bebas bereksperimen dengan struktur lagu, warna instrumen dan perubahan ritma yang lebih dinamik.

Advertisement

Album tersebut memuatkan 14 buah lagu termasuk beberapa single yang telah dilancarkan sebelum ini seperti Harap dan Ragu, I’d Be Lost, What’s On Your Mind dan lagu judul Di Hotel Malibu.

Menurut Thee Marloes, album tersebut lahir daripada pengalaman kehidupan mereka sepanjang dua tahun kebelakangan ini termasuk realiti sosial, dinamika percintaan serta perubahan yang hadir bersama kejayaan yang mereka kecapi.

Dalam masa sama, kejayaan menembusi pasaran antarabangsa dan peluang menjelajah dunia turut menjadi inspirasi besar dalam pembikinan album berkenaan.

Di Hotel Malibu sekali lagi membuktikan Thee Marloes kekal setia pada akar soul mereka, namun kini tampil lebih matang dan yakin dalam mencorakkan hala tuju muzik sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement