Skip to main content

Hiburan

Tiada Lagi Kak Ngah Dalam Keluarga Iskandar! Peminat Ucap Terima Kasih Pada Susan Lankaster - “Saya Tak Boleh Move On…”

Susan Lankester
Advertisement

Drama bersiri, Keluarga Iskandar 3 menyorot perhatian netizen selepas watak Kak Ngah yang dimainkan oleh Susan Lankaster dimatikan. 

Rata-rata peminat meluahkan rasa sedih dan sukar menerima pemergian karakter yang dianggap sebagai nadi dan penghidup suasana dalam keluarga Iskandar.

Menerusi perkongsian di Instagram Bambam Studio, penonton turut berkongsi momen-momen paling diingati sepanjang menonton drama tersebut.

Advertisement

“I love Kak Ngah sebut epok-epok. I miss Kak Ngah with her kids, masa her kids masih kecil. Moment kak ngah & abg ngah bawa Sal jumpa ayah kandung Sal tu i nangis teruk dan tak sangka episod 6 season 3 ni, i nangis lagi teruk 😭😭😭😭 i cannot move on. It’s real. Sakitnya kehilangan tu takleh nak gambar. Sampai camtu sekali impact lakonan semua. Tahniah Keluarga Iskandar & team. I hargai karya ni sebab I penonton setia dari season 1.

“Semua moment dari season 1 & 2...kak ngah adalah yang sentiasa ada utk semua org Dan kekuatan abg ngah....aaaahhh sedihnya😭😭

“Time om jerit kat perut mak dia.

“Kak Ngah terkejut dengar cita-cita Om nak jadi Pak Guard.

"Omar, Salehuddin, get down !!! You're late !!! I told u budak2 ni pagi2 dah buat darah i mengelegak tau tak" Season 1, Episod 1 dan minit 1 from kakngah,” komen netizen.  

Lebih menyentuh hati, Susan Lankester sendiri turut berkongsi babak paling bermakna buat dirinya sepanjang membawakan watak tersebut.

“Pada saya: Season 1 Episode 1. The beginning of KI,” komennya ringkas. 

Komen itu disambut dengan ucapan penghargaan buat aktres berkenaan kerana telah mewarnai hidup mereka dengan lakonannya dalam Keluarga Iskandar. 

“Thank you for playing such a wonderful character in Keluarga Iskandar. 

“Thank you ❤️ sweet memory yang takkan dilupakan sampai bila bila. Take care. See you again. 

“Rindu kak ngah," komen netizen lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement