Skip to main content

Hiburan

Tiada Niat Lain, Aishah Azman Hanya Beri Kata Semangat Kepada Kamal Adli Sebab…

Aishah Azman

Sekilas

  • Aishah Azman mendoakan Kamal Adli terus kuat selepas bercerai dengan Uqasha Senrose menerusi perkongsian di Threads.
  • Perkongsian Aishah mendapat pelbagai reaksi netizen, termasuk kritikan kerana hanya memberi kata semangat kepada Kamal.
  • Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai atas alasan tiada persefahaman.

Pelakon Aishah Azman menerusi Threads miliknya mendoakan aktor Kamal Adli terus kuat menempuh dugaan selepas bercerai talak satu dengan bekas isteri yang juga aktres Uqasha Senrose. 

 

Menerusi perkongsian tersebut, Aishah mohon doa yang baik untuk pelakon gandingannya dalam drama ‘Dia Imamku’. 

 

“Moga yang baik-baik untuk KA. Stay strong Budin. Sincerely from Dr.Afifah,” kongsi Aishah. 

 

Bagaimanapun, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen termasuklah yang berasa kurang senang dengan tindakan Aishah hanya memberi kata semangat kepada Kamal sahaja. 

 

Menyedari perkongsiannya itu menerima kritikan, Aishah menegaskan dia tidak mempunyai niat lain selain hanya mendoakan Kamal kerana pernah bekerjasama sebelum ini. 

 

“Ramai juga yang bitter dengan posting doa saya ni, busuk naw hati kome, ate (saya) mendoakan pun jadi salah ke kome? Tiba-tiba pula kata kita nak try KA.

 

“Tak ada pula saya tulis emoji love, hanya sekadar mendoakan rakan yang seindustri saya pernah berkerjasama sekali. Tenang gaizs, sebarkan doa bukan fitnah,” kata Aishah lagi. 

 

Pada Isnin, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

 

Mahkamah turut memerintahkan Uqasha menjalani tempoh idah selama tiga kali suci bermula dari tarikh lafaz talak dibuat serta mendaftarkan perceraian mereka.

 

Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

 

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement