Skip to main content

Selebriti

Tiada Niat Perlekehkan Sesiapa, Cef Zam Terima Teguran Dengan Hati Terbuka - “Tak Terfikir Bawa Makna Buruk, Saya Terima Setiap Kecaman Anda”

Chef Zam

Sekilas

  • Chef Zam tampil memohon maaf secara terbuka atas kenyataan yang menimbulkan salah faham dan kemarahan netizen.
  • Chef Zam menjelaskan tiada niat untuk memperlekehkan sesiapa dan menerima segala teguran dengan hati terbuka.
  • Chef Zam berjanji akan mengambil pengajaran daripada insiden ini untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Personaliti kulinari terkenal, Chef Zam tampil menjelaskan kenyataannya sebelum sama sekali tidak berniat untuk memperlekehkan mana-mana pihak.

Menurut Cef Zam, permohonan maaf telah dibuat dengan penuh keikhlasan sebaik menyedari kekhilafan yang berlaku.

“Saya sudah memohon maaf di atas kesilapan saya setulus hati. Saya tak berniat memperlekehkan sesiapa.

“Saya tak terfikir akan perkataan ‘menggeletis’ tu membawa makna yg buruk. Kita manusia ni, tua, muda, waima kedudukan apa pun, tak akan terlepas dari berbuat silap,” jelasnya menerusi platform Threads.

Dalam pada itu, Chef Zam berkata, dia menerima segala teguran dan kecaman yang dilemparkan dengan hati terbuka.

Malah selepas ini, dia akan menjadikan insiden tersebut sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Namanya pun manusia. Dari situ kita belajar untuk menjadi lebih baik.

“Saya terima setiap kecaman anda dan berdoa agar anda semua dijauhi dari berbuat silap. I’ve done my part. I leave the rest to Allah SWT. Wallahualam,” tulisnya.


Terdahulu, Chef Zam memuat naik hantaran di Threads dengan ayat berbunyi; "Waktu berbuka 7.29pm. Yang ko menggeletis nak balik dari tempat kerja 4.30pm tu apasal pulak? Nak memasak utk catering business ke?."

Susulan kenyataan itu, netizen tampil dengan pelbagak reaksi dengan memberikan pandangan balas mempertahankan hak pekerja yang diberi kelonggaran oleh majikan untuk pulang lebih awal sepanjang Ramadan.

Mengakui kekhilafannya dalam memilih perkataan sehingga menimbulkan salah faham dan kemarahan netizen, Cef Zam kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sumber: Threads @chef_zam

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement