Skip to main content

Hiburan

“Tiada Siapa Betul Atau Salah” - Ustazah Asmak Husin Ulas Isu Abby Abadi dan Marissa

Astro Gempak 267

Sekilas

  • Ustazah Asma’ Harun menasihatkan orang ramai agar tidak cepat menuding jari dalam konflik antara Abby Abadi dan anaknya, Marissa Dania, kerana ia perkara biasa dalam hubungan ibu dan anak.
  • Asma’ mengingatkan Marissa supaya terus berusaha memperbaiki hubungan dengan ibunya selagi masih ada peluang dan ruang untuk bermaafan.
  • Beliau juga mendoakan agar Abby diberikan kekuatan untuk membuka hati dan menghargai usaha anaknya dalam memperbaiki hubungan mereka.

Pendakwah, Ustazah Asmak Husin tampil menitipkan nasihat berhubung kemelut membabitkan pelakon Abby Abadi dan anaknya, Marissa Dania yang hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Asmak berkata, konflik antara ibu dan anak merupakan perkara yang normal dalam sesebuah keluarga, justeru orang ramai tidak seharusnya terburu-buru meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak.

“Sejak beberapa hari ini, ramai mengikuti kisah Abby Abadi dan anaknya, Marissa Dania.

“Semuanya bermula apabila Abby tidak hadir ke majlis sambutan hari lahir Marissa. Ramai membuat pelbagai andaian sebelum Marissa tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya ada menghantar jemputan dan mengharapkan ibunya hadir.

“Bagi saya, kisah ini sebenarnya normal dalam hubungan ibu dan anak. Tiada siapa yang betul dan tiada siapa yang salah,” katanya.

 

 Menurutnya, seorang ibu mungkin masih bergelut dengan luka dan beban emosi daripada kisah silam, manakala anak pula sedang berusaha memperbaiki hubungan walaupun tidak tahu bagaimana caranya.

“Ibu yang terlalu terluka dengan pelbagai bebanan kisah lama. Anak yang sudah berusaha dan tidak tahu mahu buat bagaimana lagi.

“Saya sangat memahami situasi ini kerana usia awal 20-an adalah fasa kita masih belajar memahami hati ibu,” ujarnya.

Asmak turut menasihatkan Marissa supaya tidak berputus asa untuk terus mendekati ibunya selagi masih mempunyai peluang.

“Buat adik Marissa, jangan putus asa untuk terus mendekati dan membina semula hubungan. Selagi ibu masih ada, masih ada ruang untuk memohon maaf, berbual dan memulakan semula,” katanya.

Dalam masa sama, Asmak turut mendoakan agar Abby diberikan kekuatan untuk terus membuka pintu hati dalam memperbaiki hubungan dengan anaknya.

“Buat Abby pula, saya doakan Allah mengurniakan kekuatan hati. Luka seorang ibu memang berat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak sendiri. Namun jangan biarkan tekanan emosi membuatkan hati semakin tertutup.

“Anak juga sedang belajar menjadi dewasa. Berilah ruang untuk dia memperbaiki kesilapan dan hargailah setiap langkah kecil yang diambil untuk kembali mendekat.

“Tiada yang menang dan kalah dalam hubungan ibu dan anak. Semoga Allah melembutkan hati ibu dan anak, menghilangkan salah faham serta mengikat kembali kasih sayang yang kadang-kadang menjadi renggang,” ujarnya.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement