Pasangan selebriti, Uqasha Senrose dan Kamal Adli kembali menjadi bualan hangat warganet selepas timbul spekulasi mendakwa hubungan suami isteri itu kini sedang goyah.
Spekulasi itu tercerus selepas peminat menyedari pasangan pelakon itu tidak lagi saling mengikuti di media sosial.
Keadaan menjadi lebih hangat apabila Uqasha memuat naik satu hantaran berbentuk luahan hati yang dipercayai menggambarkan kekecewaan terhadap seseorang yang disayangi.
“Dia setia kerana itulah sifat dirinya, bukan sebab dia perlukan kamu. Dia tetap setia walau dia terluka. Dia ada walaupun awak tak sudi. Dia sentiasa pilih awak, walau awak berikan banyak alasan untuk berbuat sebaliknya. Dia tidak lemah, dia cuma berbeza.
Advertisement
“Kesetiannya bukan untuk kamu tapi cerminan hatinya, tapi jangan salah anggap dengan menyangka kesetiaannya sebab bergantung hidup dengan kamu.
“Dia boleh hidup tanpa kamu, cuma dia pilih untuk percaya kamu. Dia selalu beri lebih daripada apa yang dia dapat. Suatu hari nanti dia akan berhenti buat itu semua bukan kerana benci, tapi kerana kekuatan yang ada padanya disimpan dalam diam,” tulisnya.
Luahan penuh emosi itu segera menarik perhatian ramai dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen, termasuk yang mengaitkan ia dengan kemungkinan pergolakan dalam rumah tangganya bersama Kamal.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak berhubung dakwaan tersebut.
Sekadar info, ini bukan kali pertama hubungan pasangan itu menjadi perhatian umum.
Sebelum ini, pernah timbul dakwaan bahawa Uqasha hadir ke mahkamah syariah untuk memfailkan penceraian, namun perkara itu dinafikan oleh mereka berdua.
Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis pernikahan tertutup di Janda Baik, Pahang.
Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.