Skip to main content

Hiburan

Tidur Berdengkur & Kerap Kencing Setiap Malam, Eyra Hazali Dedah Tonsil Anak Kedua Membengkak Tahap 4 - “Saya Ingatkan Normal Tapi…”

Eyra Hazali

Sekilas

  • Eyra Hazali berkongsi pengalaman anak keduanya, Muhammad Endra Haqimie, yang mengalami masalah berdengkur dan kerap kencing malam ketika tidur.
  • Setelah pemeriksaan pakar ENT, didapati tonsil Endra membengkak tahap empat sehingga hampir menutup laluan pernafasan.
  • Eyra menjelaskan bahawa kencing malam berlaku kerana otak memberi isyarat untuk bangun apabila oksigen tidak sampai dengan cukup semasa tidur.

Pelakon, Eyra Hazali berkongsi pengalaman mengenai keadaan anak keduanya, Muhammad Endra Haqimie yang mempunyai masalah berdengkur ketika tidur.

Menerusi Threads, Eyra berkongsi bahawa dia menganggap dengkuran itu adalah perkara biasa sehinggalah dia menyedari Endea berhenti bernafas seketika ketika tidur serta kerap kencing malam.

“Anak tidur berdengkur tak normal ya ibu bapa sekalian.

“Anak saya Endra tidur berdengkur dan saya fikir ianya normal sampailah saya sedar dia berhenti bernafas sekejap serta kerap kencing setiap malam,” kongsinya.

Bimbang dengan keadaan tersebut, Eyra mengambil keputusan untuk membawa Endra berjumpa pakar ENT (Ear, Nose and Throats) untuk pemeriksaan lanjut yang kemudiannya mengesahkan kedua-dua tonsil anaknya itu sudah membengkak.

“Bawa ke ENT dan dapat tahu yang tonsil Endra dah bengkak tahap empat dan hampir tutup laluan pernafasan dia.

“Apa kena mengena dengan kencing? Bila oksigen tak sampai otak, otak akan bagi signal pada badan untuk kencing supaya badan alert dan bangun dari tidur,” kongsinya.

Menerusi perkongsian yang sama, Eyra turut berkongsi foto memaparkan tonsil anaknya yang telah dikeluarkan melalui proses pembedahan.

Sumber: Threads Eyra Hazali

Must-Watch Video

Advertisement