Skip to main content

Hiburan

Tinggalkan Dunia Glamor, Heo Ga Yoon Gembira Pindah ke Bali

Heo Ga Yoon

Bekas anggota 4minute, Heo Ga Yoon secara ringkas berbicara mengenai tindakannya meninggalkan Korea Selatan untuk berpindah dan menetap di Bali, Indonsia.

Menurut Ga Yoon, keputusan menetap di Bali diambil selepas dia berdepan titik terendah dalam hidup.

“Ini merupakan tahun ketiga saya menetap di Bali,” dedahnya seperti dilaporkan AllKPop.

Menerusi penampilan di program You Quiz on the Block di saluran tvN, Ga Yoon memberitahu perpindahan ke pulau terkenal dunia itu sebagai satu refleksi hidup.

“Saya tertangkap melakukan masalah seperti jenayah sekolah dan mahu ia reda,” akuinya tanpa berselindung.

Perpindahan ke Bali juga terjadi selepas mengenang kata-kata mendiang adiknya yang meninggal dunia pada tahun 2020. Kata Ga Yoon, adiknya pernah berkata untuk mengumpul duit yang banyak, hidup berdikari dan melakukan semua hal yang menggembirakan.

“Jadi saya cuba melakukannya. Saya buat resolusi dengan impian adik saya. Saya mahu hidup gembira bukan menjadi glamor.

“Di Korea, saya tidak pernah keluar seorang atau melakukan hal bersendirian. Tapi sejak menetap di Bali, saya melakukan banyak perkara sendiri. Saya makan dan minum seorang diri dan buat semuanya sendiri.

“Di Bali juga saya tidak diperhatikan, saya bebas melakukan apa saja. Saya tidak perlu fikir panjang dan lakukan apa yang saya suka. Saya gembira,” katanya dalam saluran YouTube Sebasi Talk, bulan lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Must-Watch Video

Advertisement