Skip to main content

Hiburan

“Tolong Jangan Patahkan Semangat Hussain…” - Fikri Jamilul

Menerusi satu hantaran di Threads, Fikri menjelaskan dia tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak namun dia berharap individu terbabit menghentikan tindakan tersebut sekiranya mempunyai niat yang tidak baik terhadap adiknya itu.

Sekilas

  • Fikri Jamilul, abang kepada bintang Big Stage Rocketfuel, Hussain Jamilul, meminta seorang peminat yang memuat naik kandungan berkaitan adiknya supaya hentikan tindakan jika niatnya tidak baik.
  • Fikri juga menyeru peminat lain agar tidak mengecam Hussain atau individu terbabit kerana mereka masih dalam proses belajar dan memerlukan sokongan.
  • Beliau mengingatkan bahawa menjadi penyanyi bukan mudah dan berharap Hussain diberi ketenangan untuk fokus tanpa tekanan berlebihan daripada peminat.
Advertisement

Abang kepada bintang Big Stage Rocketfuel, Hussain Jamilul iaitu Fikri Jamilul mula bersuara susulan dakwaan membabitkan seorang peminat yang dikatakan memuat naik kandungan berkaitan adiknya sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Menerusi satu hantaran di Threads, Fikri menjelaskan dia tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak namun dia berharap individu terbabit menghentikan tindakan tersebut sekiranya mempunyai niat yang tidak baik terhadap adiknya itu.

Advertisement

"Kepada 'fans' berkenaan, jika tujuan anda membuat posting itu sekadar bersahaja ataupun tiada niat yang buruk terhadap adik saya, saya berterima kasih.

"Tapi sekiranya niat anda tidak baik, mohon jangan teruskan lagi ya dik. Kalau rasa diri tu sebagai seorang 'fans' ataupun 'peminat setia' sekalipun, cukuplah anda mengerti bahawa anda pun ada hadnya," tulisnya.

Fikri turut menyeru peminat lain agar tidak mengecam individu berkenaan mahupun Hussain kerana percaya masing-masing masih dalam proses belajar.

"Kepada fans yang lain, saya mohon agar jangan dikecam pihak berkenaan dan adik saya, Hussain. Anggap sahaja mereka masih muda dan jauh lagi perjalanan perlu belajar.

"Teruskan menyokong Hussain dan mendoakan dia agar sentiasa bersyukur dan dalam keadaan baik. Tolong jangan patahkan semangat Hussain kerana dia juga seorang manusia yang sering lupa dan melakukan kesilapan," katanya.

Pada masa sama, Fikri juga mengingatkan menjadi seorang penyanyi bukanlah sesuatu yang mudah kerana mereka perlu menyampaikan mesej lagu dengan penuh penghayatan selain mampu mengawal emosi ketika membuat persembahan.

"Menjadi seorang penyanyi bukan senang. Ia perlu menyampaikan mesej lagu yang dinyanyikan dengan penuh penghayatan dan jiwanya perlu selari.

"Jadi tolong jangan mengecam berlebihan sangat. Berilah dia ketenangan untuk fokus kepada apa yang perlu didahulukan agar fikirannya tidak celaru dan tidak mudah berputus asa," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement