Skip to main content

Hiburan

'Top Gun 3' Disahkan Dalam Pembikinan, Tom Cruise Kembali Sebagai Maverick

TB Tom Cruise Top Gun Maverick Paramount

Sekilas

  • Paramount Pictures mengesahkan filem Top Gun 3 sedang dalam pembikinan dengan Tom Cruise kembali sebagai Kapten Pete “Maverick” Mitchell.
  • Skrip sedang ditulis oleh Ehren Kruger dan penerbit Jerry Bruckheimer kembali mengendalikan projek ini, manakala pengarah Joseph Kosinski masih dalam perbincangan.
  • Butiran jalan cerita dan tarikh tayangan belum diumumkan, tetapi filem ini dijangka meneruskan kejayaan besar Top Gun: Maverick yang mencatat kutipan global AS$1.5 bilion.

Paramount Pictures secara rasmi mengesahkan filem Top Gun 3 kini dalam fasa pembikinan, dengan Tom Cruise bakal kembali membawa watak ikonik Kapten Pete “Maverick” Mitchell.

Pengumuman itu dibuat semasa pembentangan studio berkenaan pada konvensyen CinemaCon 2026 pada Khamis. 

Paramount turut memaklumkan skrip filem ketiga francais berkenaan sedang ditulis Ehren Kruger, yang sebelum ini terlibat sebagai penulis bersama Top Gun: Maverick.

Penerbit veteran Jerry Bruckheimer sekali lagi mengendalikan projek berkenaan, manakala pengarah Top Gun: Maverick, Joseph Kosinski, dilaporkan dalam perbincangan untuk kembali mengarah, namun belum disahkan secara rasmi.

Butiran jalan cerita masih dirahsiakan, namun penganalisis industri menjangkakan filem ketiga ini akan mengetengahkan cabaran Maverick dalam dunia penerbangan ketenteraan moden yang semakin dipengaruhi teknologi baharu, seiring perubahan landskap peperangan global.

Selain Cruise, beberapa pelakon daripada sekuel terdahulu seperti Miles Teller dan Glen Powell turut disebut-sebut berpotensi kembali, namun pengumuman rasmi mengenai senarai pelakon masih belum dibuat. Tarikh tayangan juga belum ditetapkan.

Keputusan Paramount untuk meneruskan francais ini susulan kejayaan besar Top Gun: Maverick pada 2022, yang mencatat kutipan global kira-kira AS$1.5 bilion (kira-kira RM5.93 bilion), sekali gus menjadikannya filem paling laris dalam kerjaya Tom Cruise.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must-Watch Video

Advertisement