Skip to main content

Selebriti

Tuduhan Kasari Wanita, Ammar Alfian Tuntut Permohonan Maaf - “Dua Tahun Saya Kena Hina, Kena Fitnah…”

Tuduhan Kasari Wanita, Ammar Alfian Tuntut Permohonan Maaf - “Dua Tahun Saya Kena Hina, Kena Fitnah…”

Sekilas

  • Ammar Alfian menuntut permohonan maaf terbuka daripada wanita yang mendakwa dia memukulnya bagi membersihkan nama selepas dua tahun berdepan fitnah.
  • Ammar menyerahkan kes yang masih berjalan di mahkamah.
  • Sepanjang kontroversi, Ammar mendapat sokongan keluarga dan rakan rapat yang mengenali dirinya dengan baik dan tidak mudah percaya fitnah yang tersebar.
Advertisement

Pelakon, Ammar Alfian, mengakui imejnya tercalar selepas seorang wanita mendakwa dirinya dipukul oleh aktor berkenaan.

Disebabkan itu, Ammar atau sebenarnya, Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada wanita tersebut untuk membersihkan namanya.

Advertisement

Tidak mahu mengulas panjang mengenai hal berkenaan, Ammar berkata dia menyerahkan isu yang sudah berlarutan sejak dua tahun lalu itu kepada mahkamah dan peguamnya.

“Saya tidak mahu cakap banyak mengenai kes ini sebab masih ‘on going’. Bagi saya, saya sudah menang injunksi. Perbicaraan seterusnya pada Januari, jadi kita tengok macam mana nanti.

“Tapi saya masih dengar dia masih lagi bercerita pasal saya secara terbuka, jadi maknanya dia memang melawan mahkamah.

“Dia rasa dia di atas undang-undang, tapi itu hal dia dan saya serahkan kepada mahkamah dan peguam saya untuk uruskan semuanya,” tegasnya.

Ammar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran trailer, poster dan runut bunyi filem Orang Perang di Hextar World Empire City, pada Jumaat.

Mengulas mengenai tempoh dua tahun berdepan dengan kes berkenaan, Ammar mengakui pelbagai fitnah telah dilemparkan terhadap dirinya termasuklah dilabel sebagai kaki pukul.

Bagaimanapun kata Ammar, dia tidak menyalahkan orang ramai kerana mereka tidak tahu mengenai hal sebenar yang berlaku.

"Orang cakap bukan-bukan pasal saya, fitnah saya dengan perkara yang mereka sendiri tak tahu. Mereka ingat mereka kenal saya, jadi tak mengapa, saya biarkan undang-undang uruskan semuanya.

"Cakap saya pukul dia, tetapi kes itu saya dapat NFA (No Further Action). Bagi saya, di situ dah jelas tak ada bukti seperti yang didakwa," ujarnya.

Jelas Ammar lagi, perkara yang diharapkannya selepas perbicaraan nanti ialah permohonan maaf secara terbuka daripada wanita terbabit.

"Itu sahaja yang saya nak daripada dia, iaitu permohonan maaf secara terbuka.

"Dua tahun saya kena hina, kena fitnah. Sekarang ini saya nak ambil pendirian dan saya tak nak lelaki macam saya terus dipijak.

“Saya rasa banyak sekarang lelaki pun dah beranikan diri untuk lawan perempuan-perempuan sebegini,” katanya.

Dalam pada itu, Ammar berkata, sokongan keluarga dan rakan rapat menjadi kekuatannya sepanjang berdepan kontroversi itu.

"Orang yang rapat dengan saya daripada dulu sampai sekarang memang tak pernah tinggalkan saya. Mereka kenal saya macam mana, jadi mereka tak mudah percaya apa yang diperkatakan.

“Keluarga saya, ibu bapa saya paling saya kesian ialah ibu bapa saya. Dia tak fikir  ibu bapasaya, tak fikir anak saya. Disebabkan dia tak dapat cinta dia dari saya, dia reka cerita pasal saya.

Terdahulu, seorang wanita bernama Qhaisha mendedahkan beberapa foto memaparkan kecederaan pada bahagian tubuh seperti muka, mata, leher dan tangan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Tanpa berselindung, wanita tersebut mendedahkan si pelaku dan turut memuat naik foto bersama Ammar sebagai bukti.

Anda mungkin berminat dengan

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Must Watch Video

Advertisement