Skip to main content

Viral

Tular Individu Kritik Teknik Ambil Gambar ‘Spam’ Staff Rembayung, Khairul Aming Jelaskan - “Saya Yang Suruh Tangkap Banyak, Kami Ada 800 Pelanggan Setiap Hari…”

Khairul Aming jawab isu foto spam staff Rembayung

Sekilas

  • Seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara pengambilan gambar oleh pekerja Rembayung yang dikatakan spam tanpa fokus pada kualiti.
  • Khairul Aming, pemilik Rembayung, menjelaskan bahawa pengambilan gambar secara banyak adalah atas arahan beliau untuk memudahkan pelanggan memilih gambar terbaik.
  • Khairul Aming turut menjelaskan situasi operasi yang sibuk memerlukan kaedah pantas supaya semua pelanggan dapat dilayan dengan baik dalam masa terhad.

Tular di media sosial seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati dengan hasil tangkapan gambar oleh pekerja Rembayung, sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan mengkritik cara pengambilan gambar yang didakwa dilakukan secara ‘spam’ tanpa mengambil kira kualiti hasil akhir.

“Aku paling tak minat orang yang jenis tangkap gambar dia spam je butang camera tu.

“If you wanna elevate your photography skills, learn to not press the camera button when subject's not even moving,” luahnya.

Susulan itu, personaliti media sosial dan juga pemilik Rembayung, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan berhubung situasi sebenar yang berlaku.

Menurut Khairul Aming, pendekatan mengambil gambar dalam kuantiti yang banyak adalah atas arahannya sendiri bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan.

Tambah usahawan itu lagi, situasi operasi yang sibuk memerlukan kaedah yang lebih pantas dan praktikal agar semua pelanggan dapat dilayan dengan baik dalam tempoh masa yang terhad.

“Saya yang suruh staff tangkap banyak banyak so that customers boleh pilih nak gambar mana.

“Ada 800 customers sehari memang kita tak sempat nak snap slowly one by one sebab staff nak kena manage semua customers serentak,” jelasnya.




Sementara itu, di ruangan balas juga rata-rata netizen menyatakan sokongan terhadap penjelasan Khairul Aming selain memahami kesibukan pekerja di Rembayung.


 


 


 

Sumber: Threads 


 

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

Must-Watch Video

Advertisement