Skip to main content

Hiburan

Tular Lelaki Kahwini Dua Wanita Serentak

Astrogempak kahwin

Sekilas

  • Video seorang lelaki berkahwin dengan dua wanita serentak di Bali menjadi tular dan menarik perhatian ramai warganet.
  • Majlis perkahwinan itu tidak dihadiri pihak desa kerana kedua-dua wanita berusia 17 tahun, belum mencapai umur minimum perkahwinan mengikut undang-undang Indonesia.
  • Lelaki tersebut sudah menjalinkan hubungan dengan isteri pertama selama setahun dan mempunyai seorang anak bersama wanita kedua yang berusia tiga bulan.
Advertisement

Tular video memaparkan seorang lelaki berkahwin dengan dua wanita serentak pada satu pesta pernikahan.

Majlis itu di Bali, Indonesia itu turut menarik perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi warganet.

Advertisement

Rupa-rupanya ada kisah tersendiri di sebalik pernikahan itu yang tidak dihadiri pihak desa, malah tiada dokumen rasmi dikeluarkan.

Menerusi klip berdurasi kira-kira 34 saat tersebut, ketiga-tiga mempelai tersebut menjalani upacara adat, termasuk saling menyuap makanan dan minuman di hadapan keluarga.

Difahamkan, majlis itu berlangsung di Banjar Dinas Baledana, Desa Titab, Kecamatan Busungbiu, Buleleng, Bali, pada Ahad, 31 Mei lalu.

Perbekel Desa Titab, I Wayan Suastika menjelaskan, lelaki dikenali sebagai Komang NP itu menjalinkan hubungan dengan isteri pertama kira-kira setahun lalu, namun belum sempat melangsungkan upacara perkahwinan rasmi.

Dalam masa yang sama, lelaki berusia lingkungan 30-an itu turut bercinta dengan wanita lain hingga dikurniakan seorang anak yang kini berusia kira-kira tiga bulan.

Walaupun menjadi tular dan perhatian ramai, pihak desa tidak menghadiri majlis berkenaan kerana kedua-dua wanita berkenaan didakwa berusia 17 tahun dan belum mencapai had umur minimum perkahwinan mengikut Undang-Undang Perkahwinan di negara tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement