Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kini bergelar moyang selepas cucunya, Ally Mukhriz selamat melahirkan bayi sulung lelaki yang diberi nama Eden Zakaria Ezran Cheah, pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsikan menantunya iaitu Tok Puan Norzieta Zakaria menerusi satu hantaran di Instagram.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Norzieta yang juga isteri kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir meluahkan rasa syukur dan teruja menyambut kelahiran cucu lelakinya itu.
“Segala puji bagi Allah. Hati kami dipenuhi rasa kasih dan cinta ketika dengan penuh bangga menyambut cucu kesayangan kami ke dalam keluarga.
“Welcome to the world, little one! You are already so deeply loved,” tulisnya.
Norzieta dilihat turut memuat naik beberapa foto memaparkan momennya dan keluarga bersama cucunya itu.
Pada Februari lalu, Ally mengumumkan kehamilan anak sulung selepas melalui perjalanan panjang rawatan kesuburan, termasuk prosedur persenyawaan in vitro (IVF).
Untuk rekod, Ally mendirikan rumah tangga dengan Ezran Daud Cheah pada 20 Februari 2020.
Sumber: Instagram