Skip to main content

Hiburan

“Tunggu Tahun Depan Mesti Dapat Baby...” – Erma Fatima Sebak Lihat Fattah & Amira Di Majlis Resepsi

dvfd

Pengarah dan penerbit, Erma Fatima tidak dapat menahan sebak apabila menyaksikan pasangan pengantin baharu, Fattah Amin dan Amira Othman meraikan cinta mereka di majlis resepsi ketiga yang berlangsung  meriah di Melawati Convention Centre, Kuala Lumpur, pada malam Ahad lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Erma meluahkan rasa terharu apabila melihat kebahagiaan pasangan itu di hadapan matanya, apatah lagi setelah melalui perjalanan hidup yang penuh warna dalam dunia seni.

Advertisement

 

 “Niat hati aku nak buat video sedih, joke tunang kahwin tapi sesungguhnya aku memang sebak melihat mereka tadi.

“Terima kasih Allah, kau hantar seorang insan yang dapat memberi cinta sejati buat dia.

“Pelihara cinta mereka hingga ke Jannah dengan asma Ya Rahman, Ya Rahi dengan asma Ya Rahman, Ya Rahim-Mu. @amiraaothman jaga anak saya tu baik-baik ok, mama love both of u,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang lain pula, Erma sempat mendoakan agar pasangan tersebut kekal hingga ke akhir hayat.

"Untuk semua yg menyanyangi Fattah dan Amira..kirimkan doa yg baik-baik buat mereka agar Allah limpah kurniakan kebahagiaan dan keberkatan jodoh mereka hingga ke Jannah. 

"Kita tunggu tahun depan mesti dapat baby ok," tulisnya. 

Sebelum ini, Erma pernah menjelaskan dia tidak pernah berkecil hati apabila sahabat baiknya, Datuk Rosyam Nor, bergurau mahu menjodohkannya dengan Fattah.

Ujar Erma, semua itu hanyalah gurauan memandangkan hubungan mereka sekadar rakan baik dalam industri hiburan.

Untuk rekod, Fattah Amin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nur Fazura pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

Fattah kemudiannya kembali bertemu jodoh dengan Amira Othman, dan pasangan itu selamat diijab kabul pada 14 September lalu.

Must-Watch Video

Advertisement