Skip to main content

Selebriti

Tya Arifin Jawab Dakwaan Sombong - “Saya Minta Maaf, Memang Tak…”

Tya Arifin Jawab Dakwaan Sombong - “Saya Minta Maaf, Memang Tak…”

Sekilas

  • Tya Arifin tampil menjelaskan dakwaan sombong dan kurang mesra yang tular, serta memohon maaf kepada mereka yang pernah rasa kurang selesa dengannya.
  • Pelakon ini mendedahkan dia ada masalah rabun jauh yang menyebabkan sukar melihat jelas tanpa kanta lekap atau kaca mata, mungkin sebabkan dia tidak membalas senyuman atau teguran.
  • Tya juga mengakui dirinya seorang introvert dan masih dalam proses belajar untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin tampil memberikan penjelasan susulan dirinya didakwa bersikap sombong dan kurang mesra.

Menerusi beberapa hantaran platform Threads, Tya berkata terpanggil untuk menjelaskan perkara berkenaan kerana isu tersebut melibatkan dirinya dan mula menjadi perhatian ramai.

Advertisement

Menurut Tya, pertama sekali dia ingin terlebih dahulu memohon maaf kepada mana-mana individu yang pernah berasa kurang selesa dan beranggapan dirinya tidak mesra atau sombong ketika mereka bertemu sebelum ini.

Kata Tya, dia tidak pernah mempunyai niat untuk bersikap sombong terhadap orang lain, apatah lagi sengaja mengabaikan individu yang cuba bertegur sapa dengannya.

“Tya rasa nak share pandangan Tya kerana ini tentang Tya sendiri dan sedang menjadi bincangan ramai orang.

Advertisement

“‘Tya betul ke sombong?’, sebelum itu Tya nak minta maaf dulu pada kalian pernah rasa Tya tak mesra atau sombong masa tu.

“Sejujurnya, ini dari dalam hati Tya. Yang Tya tak pernah ada niat macam tu. Kerana Tya dilahirkan dari keluarga yang sederhana.

“Permulaan jalan Tya tak mudah dan masih jauh. Jadi untuk berniat sengaja nak sombong itu bukan niat dari diri Tya,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, Tya juga menjelaskan dia mempunyai masalah rabun jauh yang menyebabkan penglihatannya kurang jelas sekiranya tidak memakai kanta lekap atau kaca mata.

Keadaan tersebut berkemungkinan merupakan antara penyebab dia tidak membalas senyuman atau teguran seseorang ketika berada di tempat 

“Lepas tu, sebenarnya Tya ada rabun jauh, jadi perlukan contact lense atau kaca mata untuk nak tengok orang dengan jelas.

“Kalau Tya tak pakai kaca mata atau tak balas senyuman kalian, saya minta maaf, memang Tya tak nampak kerana rabun jauh,” katanya.

Selain masalah penglihatan, Tya turut mendedahkan dirinya juga merupakan seorang yang introvert dan tidak begitu pandai untuk berkawan.

Pada masa sama, dia mengakui dirinya masih dalam proses belajar dan berusaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Tya ni juga sebenarnya orang yang introvert, tak begitu pandai berkawan. Kawan boleh hitung jari dari masa sekolah sampai hari ni.

“Untuk kalian yang personally kenal Tya, insya-Allah boleh tahu Tya macam mana.

“Jadi, kepada sesiapa yang sebelum ni ada pengalaman tak baik dengan Tya, im so sorry again, Tya bukanlah orang yang sempurna, masih banyak benda yang Tya pelajari, dan Tya juga akan improve jadi lebih baik,” ujarnya.

Sumber: Threads @tyaarifinnw

 

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Must Watch Video

Advertisement