Sekilas
- Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, mengucapkan terima kasih kepada tunangnya, Bella Astillah, yang sentiasa menyokongnya sejak awal pendakwaan di mahkamah.
- Syed Saddiq berkongsi berita gembira bahawa ibu bapanya memberi respons positif untuk meneruskan perancangan perkahwinan dengan Bella selepas pembebasannya.
- Mahkamah Persekutuan membebaskan Syed Saddiq sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman selepas menolak rayuan pendakwaan terhadapnya.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengucapkan terima kasih kepada tunangnya yang juga pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang sentiasa berada di sisinya dari awal dirinya berdepan pendakwaan di mahkamah.
Bersyukur tidak lagi perlu berjalan dengan beban dan jasanya, Syed Saddiq berkata Bella ada bersamanya dari waktu dirinya adalah salah seorang pesalah.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tunang saya dan setia bersama. It's not easy ya kerana sebelum dia bersama dengan saya, saya merupakan pesalah. People forget that.
“Di mahkamah, sebelum kemenangan 3-0 di Mahkamah Rayuan, saya merupakan salah seorang pesalah. Tetapi dia tetap bersama dan Alhamdulillah pada hari ini saya tidak perlu berjalan dengan beban dan jasanya,” katanya.
Syed Saddiq berkongsi perkara itu ketika sidang media selepas keputusan rayuan akhir terhadap pendakwaannya di Istana Kehakiman Putrajaya pada Isnin.
Dalam pada itu, Syed Saddiq yang dibebaskan sepenuhnya turut berkongsi berita gembira di mana ibu bapanya telah memberi respons positif untuk dia meneruskan perancangan berkahwin dengan Bella.
“Dan tadi bila saya turun selepas buat sujud syukur, tadi ayah dengan ibu dah memberikan signal yang positif supaya dapat meneruskan (perkahwinan) selepas ini,” ujarnya.
Untuk info Syed Saddiq dan Bella Astillah mengikat tali pertunangan pada 28 March lalu.
Terdahulu Syed Saddiq dapat menarik nafas lega apabila keputuran rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya berpihak kepada dirinya.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta, selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan.