Sekilas
- Umisya Mazlan dan Ahmad Aslam memilih nama Nawa untuk anak keempat mereka yang bermakna niat suci, azam, dan permulaan baru yang cerah.
- Umisya berkongsi foto memeluk Nawa di Threads tetapi tidak mendedahkan wajah penuh bayi tersebut.
- Pasangan ini pernah berpisah pada 2023 sebelum rujuk semula dan kini mempunyai tiga anak iaitu Hud, Nuh, dan Haya.
Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan dan Ahmad Aslam memilih nama Nawa untuk cahaya mata keempat mereka.
Umisya berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di platform Threads.
Tidak hanya nama, Umisya juga turut berkongsi maksud dan foto meramkan dirinya sedang memeluk Nawa sambil tersenyum.
Bagaimanapun, Umisya tidak mendedahkan sepenuhnya wajah Nawa.
“Baby NAWA, simple and meaningful name that symbolizes pure intentions, determination, and a bright new beginning.
“Semoga membesar seperti seindah nama mu,” coretnya.
Untuk rekod, Aslam dan Umisya sebelum ini dilaporkan pernah berpisah sekitar tahun 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Hud, 5, Nuh, 4, dan Haya yang dilahirkan pada 17 Februari 2025.