Skip to main content

Hiburan

Ummi Nazeera Luah Rasa Sedih, Kongsi Pengalaman Berlakon Bersama Jalil Hamid - “Satu Kenangan Yang Saya Akan Simpan Sampai Bila-Bila”

Ummi Nazeera

Sekilas

  • Pelakon Ummi Nazeera berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham Jalil Hamid yang meninggal dunia secara mengejut pada Isnin.
  • Ummi pernah mencadangkan Jalil Hamid untuk memegang watak ayah dalam sebuah telemovie yang diarahkan olehnya, namun tidak dapat diteruskan kerana kekangan jadual.
  • Ummi juga mengenang pengalaman berharga berlakon bersama Allahyarham dalam telefilem Bisik Pada Langit dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.

Pelakon, Ummi Nazeera meluahkan rasa sedih atas pemergian pelakon, Allahyarham Jalil Hamid yang meninggal dunia pada Isnin.

Menerusi ciapan di Threads, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin memaklumkan dirinya yang merupakan salah seorang peminat kepada arwah telah mendapat tawaran untuk mengarah sebuah telemovie.

Ujar pelakon drama Andai Tiada Dia ini, dia juga telah menyarankan nama Jalil Hamid sebagai pilihan utama untuk memegang watak seorang ayah bagi telemovie tersebut.

Walau bagaimanapun, perancangan itu tidak dapat diteruskan atas kekangan jadual.

“Innalillahi wa inna ilayhi raji’un. Saya antara peminat tegar Allahyarham.

“Beberapa minggu lepas, saya menerima tawaran untuk mengarah sebuah telemovie. Antara nama pertama yang terlintas di fikiran saya untuk memegang watak ayah ialah Jalil Hamid.

“Namun, disebabkan kekangan jadual, saya tidak dapat memberikan komitmen kepada naskhah tersebut,” luahnya.

Dalam masa yang sama, ibu kepada dua orang anak ini turut berkongsi kenangan manis bersama Allahyarham sewaktu mereka bergandingan bersama menerusi telefilem Bisik Pada Langit.

Ujar Ummie, kerjasama itu merupakan satu pengalaman yang amat berharga buatnya sepanjang bergelar pelakon.

“Bersyukur Allah memberi peluang untuk saya berlakon sebagai anaknya dalam Bisik Pada Langit beberapa tahun lalu. Satu kenangan yang akan saya simpan selamanya.

“Ya Allah, ampunilah dia, angkatlah darjatnya dalam kalangan orang-orang yang mendapat petunjuk, dan peliharalah orang-orang yang ditinggalkannya. Ampunilah kami dan dia, wahai Tuhan sekalian alam. Lapangkanlah kuburnya dan terangilah ia,” luahnya lagi.

Sekadar info, Jalil Hamid menghembuskan nafas terakhir ketika tidur pada Isnin dan jenazahnya selamat dikebumikan pada hari yang sama selepas waktu Asar.

Menurut anaknya, Afiqah Jalil, arwah ayahnya itu meninggal dunia dalam tidur usai beberapa jam menunaikan solat subuh.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Must-Watch Video

Advertisement