Sekilas
- Pelakon itu turut meluahkan rasa terkilan kerana menjadi sasaran hinaan dan kecaman netizen yang dianggapnya tidak berasas.
- Uqasha mengakui keputusan berkaitan penjagaan anak berat baginya, namun dia berusaha menerima dengan reda dan menegaskan tidak akan berdiam diri jika anaknya terus dijadikan isu.
Pelakon, Uqasha Senrose tampil meluahkan rasa geram dan terkilan berhubung beberapa dakwaan yang melibatkan dirinya serta urusan penjagaan anaknya, Hawra Uqaira.
Menerusi kenyataan yang dikongsi di Insta Stories, Uqasha menjelaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah sama sekali tidak benar.
Kenyataan itu juga turut disertakan dengan beberapa siri tangkap layar sebagai bukti.
Menurut Uqasha, tiada istilah mengenai terjumpa anak seperti yang pernah dikeluarkan suaminya, Kamal Adli sebelum ini.
Malah Uqasha menegaskan bahawa segala urusan melibatkan anak, termasuk perjumpaan yang didakwa ‘dirancang’, dilakukan dengan pengetahuan keluarga terdekat.
“Fuh penat macam ni, kenapa? Bila bila saya tak kasi masya-Allah? Saya ambil tutor, private playschool untuk anak, dia ada kelas.
“Dan untuk saya nak ke rumah yang penuh barang saya pun kena ada tarikh jugak? Jadi? Apa ni?
“Dan bila awak cakap terjumpa dan was planned with my brother, sudah tentu dengan izin walaupun awak cakap jangan bagitau siapa-siapa.
“Saya ibu dia, sudah tentu ibu saya pun aware mengenai hal ini. Kalau tak, tak akan Uqaira boleh dibawa keluar macam tu je? Fitnah apa lagi ni?
“Oh nak ambil barang barang saya dekat rumah kena booking?” jelasnya.

Dalam masa sama, Uqasha meluahkan rasa terkilan apabila dirinya menjadi sasaran hinaan dan kecaman yang didakwanya bermula daripada pihak tertentu.
“This is too much. Hina, maki, caci mengata sampai diri ini dah tak ada muka oleh nurnitijen! Halus sangat cara awak ni.
“Di mata orang ya, nampak saya macam orang tak betul sebab geram dengan halusnya cara awak ya? Nampak berkias kias tu,” luahnya.

Dalam pada itu, Uqasha turut mengakui keputusan mengenai anak pada awalnya merupakan sesuatu yang berat untuk dirinya namun dia tetap berusaha menerimanya dengan reda.
“Ya, pada mulanya memang berat hati teramat saya nak bagi anak perempuan, atas dasar apa tak apa hanya saya, dia dengan Allah yang tahu.
“Selepas beberapa ketika, perlahan-lahan saya paksa diri untuk percaya. Dia masih bayi dan perempuan pula tu. Tolong berhenti dengan gunakan anak please, dia baby girl.
“Last, jika awak masih gunakan anak sebagai bullet, saya tidak akan berdiam diri. Dulu tak beria nak anak? Dulu tak beria post video atau gambar anak?
“Siapa yang selalu post video awak dengan anak? Untuk tunjuk to the world how loving father you are.
“Ada tak awak pernah ambil video saya dengan anak dan post? Saya had to record myself as memories,” dedahnya.

Terdahulu, adik kepada Uqasha iaitu Farza Dida bertindak mempersoalkan kenyataan abang iparnya yang juga aktor, Kamal Adli mengenai isu kebenaran untuk bertemu anak perempuannya, Hawra Uqaira.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Farza memuat naik semula artikel dari akhbar tempatan yang bertajuk, ‘Terakhir Jumpa Hawra 10 November, Itu Pun Terjumpa’.
Farza kemudian menyangkal kenyataan Kamal yang mendakwa sukar untuk berjumpa dengan anaknya malah pertemuan mereka sekadar ‘terjumpa’ sahaja.