Sekilas
- Datuk Seri Vida berkongsi kisah hidupnya sebagai guru dengan gaji RM4,000 yang mendorongnya untuk menceburi bidang perniagaan sejak zaman belajar.
- Usahanya dalam pelbagai bisnes membolehkan dia menikmati kehidupan lebih mewah walaupun masih bergelar cikgu.
- Perkongsian DSV mendapat reaksi positif dan inspirasi daripada netizen di ruangan komen.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mengimbas kembali perjalanan hidupnya ketika bergelar seorang guru.
Menurut DSV atau nama lengkapnya Hasmiza Othman, meskipun dia mempunyai pekerjaan tetap sebagai pendidik namun dia juga memiliki keinginan yang tinggi untuk menikmati kehidupan lebih selesa pada ketika itu.
Menerusi hantaran di Threads, DSV berkongsi keinginannya yang tinggi membuatkan dia mula menceburi bidang perniagaan sejak zaman dia belajar.
“Rasa nak cerita kisah saya pagi ini. Waktu saya jadi cikgu dulu, gaji RM4,000 ketika itu.
“Tapi keinginan saya tinggi. Nak itu, nak ini, macam-macam bisnes saya buat dari zaman belajar sampai zaman jadi cikgu,” katanya.
Hasil usaha dan kerja keras, DSV berkata dia akhirnya mampu menikmati kehidupan yang lebih mewah ketika awal kerjayanya sebagai guru.
“Finally, saya lah cikgu yang mampu pakai kereta dan mampu hidup mewah-mewah sikit, handphone canggih-canggih.
“Semua hasil sendiri dan usaha sendiri,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan perkongsian yang dibuat oleh DSV itu.