Skip to main content

Hiburan

Usia 50 Tahun, Azhan Rani Kurang Berminat Buat Naskhah Genre Aksi – “Baru Dua Babak Dah Mengantuk, Cepat Pancit”

Usia 50 Tahun, Azhan Rani Kurang Berminat Buat Naskhah Genre Aksi – “Baru Dua Babak Dah Mengantuk, Cepat Pancit”

Sekilas

  • Azhan Rani kurang berminat dengan filem aksi kerana faktor usia yang membuatkan stamina cepat berkurangan dan mudah mengantuk.
  • Dia lebih selesa membintangi naskhah drama dan kurang berminat dengan genre seram kerana proses penggambaran yang panjang dan memerlukan solekan efek khas.
  • Azhan menerima watak dalam filem Chelot kerana tiada babak aksi, sebaliknya memegang peranan sebagai pegawai polis yang banyak memberi arahan.
Advertisement

Mengakui faktor usia membuatkan stamina semakin berkurangan, pelakon Azhan Rani kurang berminat untuk menerima tawaran membintangi filem bergenre aksi.

Menurut Azhan, apabila usia sudah mencecah 50 tahun, dia semakin mudah letih dan mengantuk berbanding ketika masih muda.

Advertisement

“Saya berterus-terang, tidak lagi begitu berminat dengan filem aksi tambahan pula faktor umur, rasa cepat ‘pancit’ (letih) dan cepat mengantuk.

“Dulu saya boleh habiskan penggambaran sekitar pukul 4 pagi kemudian sambung esok untuk cerita lain pula tetapi sekarang baru buat dua babak pun sudah mengantuk.

“Mungkin kerana faktor umur yang sudah masuk 50, jadi rasa berbeza. Nak memandu kereta sekarang pun cepat mengantuk,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Azhan menegaskan dia bukan menolak sepenuhnya tawaran membintangi filem aksi, sebaliknya akan meneliti jalan cerita terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Katanya, faktor masa dan kesihatan juga perlu diberikan perhatian terutama apabila terikat dengan beberapa projek dalam tempoh sama.

“Bukanlah tolak terus tawaran tetapi perlu juga tengok pada jalan cerita, namun banyak benda saya kena fikirkan.

“Penting untuk saya pertimbangkan faktor masa dan kesihatan sebab risau juga kalau muka sudah ‘pecah’ atau cedera untuk projek itu, susah pula nak berlakon bagi produksi lain dalam masa sama.

“Jadi, saya rasa bila tidak mampu lakukan, saya akan tolak awal. Kalau boleh, saya memang akan terima,” ujarnya.

Bukan hanya aksi, pelakon drama Bulan Henti Bicara itu juga kurang berminat dengan genre seram terutama disebabkan proses penggambarannya yang mengambil masa panjang.

Sebaliknya, Azhan mengakui lebih selesa dan gemar membintangi naskhah bergenre drama.

“Kalau sebut pasal genre, sebagai pelakon sebenarnya saya lebih suka naskhah drama. Saya suka tengok cerita aksi tetapi tak suka buat genre tersebut.

“Sama juga dengan cerita seram, kurang suka. Bukan sebab saya takut tetapi kerana lambat.

“Efek-efek khas dia lambat, menunggu hantu nak bersiap, alahai lambat,” selorohnya.

Tambahnya, proses penggambaran menjadi lebih panjang sekiranya dia sendiri perlu membawa karakter hantu yang memerlukan solekan efek khas.

“Lagilah kalau jadi hantu, orang lain dah pulang tetapi kita tak balik lagi sebab nak tanggalkan semua solekan.

“Dah datang awal tetapi balik paling lambat,” katanya.

Dalam pada itu, Azhan berkata, antara sebab dia bersetuju membintangi filem terbaharu, Chelot adalah kerana wataknya tidak memerlukan sebarang babak aksi.

Menerusi filem tersebut, dia membawa watak seorang pegawai polis yang lebih banyak memberikan arahan berbanding terbabit dalam aksi fizikal.

“Saya terima filem Chelot yang akan ditayangkan tidak lama lagi disebabkan tiada babak aksi.

“Babak saya hanya setakat poyo-poyo ‘posing’ begitu sahaja, tiada babak pegang senjata seperti pelakon lain. Watak saya sebagai pegawai polis yang banyak beri arahan,” jelasnya.

Meskipun tidak terbabit dengan aksi berat, Azhan tetap melakukan persediaan bagi memastikan karakter anggota polis yang dibawakan tidak mencalarkan imej pasukan beruniform.

“Saya tetap perlu serap ‘mood’ pegawai polis bagi memastikan karakter terkawal untuk menjaga integriti dan imej unit beruniform,” katanya.

Selain Azhan, Chelot yang bakal ditayangkan bermula 27 Ogos depan turut dibintangi Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Alicia Amin dan Nadhir Nasar.

Anda mungkin berminat dengan

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Must Watch Video

Advertisement