Skip to main content

Selebriti

Usop Hargai Isteri, Syukur Perjalanan Empat Tahun Penuh Makna - “Dari Tak Ada Rumah Sampai Allah Izinkan Kita Beli…”

Usop hargai isteri

Sekilas

  • Usop berkongsi rasa syukur atas sokongan isteri sepanjang empat tahun perkahwinan mereka menerusi hantaran di Instagram.
  • Mereka bermula dari kehidupan sederhana dan kini dikurniakan rezeki lebih baik termasuk dua cahaya mata.
  • Usop mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kesetiaan isteri serta mendoakan cinta mereka kekal hingga ke syurga.

Penyanyi, Usop meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang baik dan memahami sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.

Usop berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di Instagram sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Dalam coretan itu, Usop mengimbau perjalanan hidup bersama isterinya bermula dari kehidupan serba sederhana sehingga kini dikurniakan rezeki yang lebih baik.

Menurut Usop, kejayaan dan kebahagiaan yang dikecapi hari ini bukanlah hasil usahanya seorang diri, sebaliknya kerana sokongan isterinya yang tidak pernah meninggalkannya walaupun ketika susah.

“Empat tahun kita bersama, dari kereta kecil sampai kereta besar, dari tak ada rumah sampai Allah izinkan kita beli rumah. Dari tak ada anak sampai sekarang dikurniakan dua cahaya mata,” katanya.

Menerusi hantaran itu, Usop juga turut merakamkan penghargaan buat isterinya atas kesabaran, kesetiaan dan kepercayaannya selain mendoakan agar cinta mereka kekal hingga ke syurga.

“Terima kasih sebab sabar, setia, percaya, dan teman dari bawah sampai hari ni. Doa dd satu ja, moga cinta kita kekal sampai syurga, happy 4th anniversary sayangku,” coretnya.

Untuk rekod, Usop dan Nur Fatihah diijabkabulkan pada 3 Januari 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement