Skip to main content

Hiburan

Uyaina Arshad Syukur Ibu Bapa Selamat, Dipercayai Dirempuh Penjenayah Dikejar Polis - “Mereka Langgar Lampu Merah & Hentam At Full Speed”

Uyaina Arshad

Sekilas

  • Uyaina Arshad bersyukur kedua ibu bapanya selamat selepas terlibat dalam kemalangan akibat kejar-mengejar antara polis dan penjenayah dadah.
  • Kemalangan berlaku apabila penjenayah melanggar lampu merah dan merempuh kereta ibu bapa Uyaina.
  • Netizen turut mendoakan keselamatan keluarga Uyaina selepas perkongsiannya di Threads mendapat perhatian ramai.
Advertisement

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa syukur selepas kedua ibu bapanya yang terlibat dalam satu kemalangan selamat.

Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad kemalangan itu dipercayai berpunca daripada aksi kejar-mengejar antar polis dan penjenayah yang disyaki membawa dadah.

Advertisement

“Dah seperti babak dalam filem. Polis tengah kejar penjenayah yang bawa dadah, penjenayah tu langgar lampu merah kemudian hentam kereta ibu abah speed.

“Syukur mereka selamat Alhamdullilah,” luahnya.

Dia walau bagaimanapun meluahkan rasa syukur yang teramag sangat kerana kerana insiden itu berpotensi bertukar menjadi tragedi besar buat keluarganya.

“Bangun pagi ini dengan rasa sangat bersyukur. Ia mungkin boleh jadi satu tragedi malam tadi.

“Terima kasih Allah kerana menjaga insan-insan yang saya sayang. Terima kasih kerana masih pinjamkan mereka,” tulisnya lagi.

Menerusi perkongsian yang sama, Uyaina turut memuat naik keadaan kereta ibu ayahnya selepas kemalangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar segala urusan Uyaina sekeluarga dipermudah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement