Kim Taehyung atau nama komersialnya V daripada grup BTS tidak pernah berhenti mencuri hati peminat di seluruh dunia.
Terkini, V diiktiraf sebagai ‘Most Handsome Man in the World 2025’ atau Lelaki Paling Kacak Di Dunia Tahun 2025 oleh sebuah majalah British.
Advertisement
Pengiktirafan itu diberikan oleh majalah Nubia selepas memperoleh undian lebih 10.7 juta dalam kalangan peminat daripada 163 negara, lapor AllKPop.
Semua calon dinilai bukan hanya menerusi penampulan tetapi karisma dan pengaruh besar yang diberikan.
“Tidak hanya kerana wajah, V menarik perhatian dan berpengaruh kerana muzik, dunia lakonan dan bakat serba boleh sebagai seorang artis.
“Ini membuktikan, karisma V melebihi daripada sekadar rupa paras,” ujar kenyataan yang dikeluarkan majalah tersebut baru-baru ini.
V, 29, juga pernah menerima pengiktirafan yang sama daripada sebuah majalah antarabangsa pada awal tahun ini dengan menyifatkan dirinya sebagai seorang ikon sepanjang zaman yang telah memberi pengaruh besar kepada dunia.