Skip to main content

Selebriti

Vida Kongsi Titik Terendah Kehilangan Dua Anak Dalam Kebakaran - “Sesampai Di Rumah, Hanya Melihat Mereka Sudah Tidak Bernyawa…”

Vida Kongsi Titik Terendah Kehilangan Dua Anak Dalam Kebakaran  - “Sesampai Di Rumah, Hanya Melihat Mereka Sudah Tidak Bernyawa…”

Sekilas

  • Datuk Seri Vida berkongsi pengalaman paling sukar dalam hidupnya apabila kehilangan dua anak lelakinya dalam kebakaran rumah pada tahun 2013.
  • Ketika kejadian, Vida berada di luar kawasan atas urusan kerja.
  • Kehilangan tersebut memberi kesan mendalam kepada Vida, yang mengambil masa beberapa bulan untuk pulih dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
Advertisement

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida mengimbau kembali detik paling sukar yang dilalui dalam hidupnya apabila kehilangan dua anak lelakinya dalam tragedi kebakaran rumah.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Vida berkata tragedi tersebut merupakan antara titik terendah dalam hidupnya yang sehingga kini tidak akan pernah dilupakan.

Advertisement

Menurut Vida, ketika kejadian berlaku, dia sedang berada di luar kawasan atas urusan kerja dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan kedua-dua anaknya.

“Titik terendah saya yang orang dah lupakan, kehilangan anak pertama dan anak kedua saya asbab kebakaran di rumah, ketika saya outstation tak mampu berbuat apa-apa

“Sesampai di rumah hanya melihat mereka sudah tidak bernyawa akibat lemas asap,” luahnya.

Dalam hantaran yang sama, Vida berkata kehilangan dua cahaya matanya meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap dirinya.

Malah kata Vida, dia mengambil masa beberapa bulan untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Tiga hingga lima bulan saya terperuk terbaring ibarat jasad yang hilang nyawa dan roh.

“Al- Fatihah anak anak mama, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,” tulisnya.

Untuk info, dua anak Vida yang juga merupakan abang kepada Cik B dan Kacak telah terkorban dalam satu insiden kebakaran rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh pada tahun 2013.

Anda mungkin berminat dengan

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Must Watch Video

Advertisement