Sekilas
- Video Azhan Rani membawa ibunya ke restoran tular dan mendapat perhatian wargamaya di media sosial.
- Azhan dipuji bukan sahaja kerana lakonannya dalam drama Bulan Henti Bicara, malah sebagai anak yang sangat penyayang dan menjaga ibunya dengan baik.
- Wargamaya kagum dengan keputusan Azhan yang memilih untuk tidak berkahwin demi memberi perhatian sepenuhnya kepada ibunya.
Tular video di laman sosial memperlihatkan pelakon Azhan Rani membawa ibunya ke sebuah restauran menarik perhatian wargamaya.
Menerusi perkongsian itu, Azhan yang memegang watak sebagai Jamali dalam drama Bulan Henti Bicara itu menerima pujian dan dianggap sebagai lelaki kiriman tuhan.
“Disebalik watak JAMALI, inilah Azhan Rani. Lelaki kiriman tuhan,” tulis di perkongsian video berkenaan.
Rata-rata wargamaya bukan sahaja memuji lakonan Azhan, malah turut menganggap pelakon itu seorang anak yang baik kerana menjaga ibunya.
“Dari dulu lagi suka tengok lakonan Azhan Rani ni, dia still tak kahwin lagi sebab nak jaga mak dia. Dulu ada temuramah yg mak dia cakap kat dia yang mak suruh hantar pergi rumah orang tua-tua dan suruh Azhan kahwin lepas itu Azhan jawab ‘betul juga tu pergi rumah orang tua-tua, jom la mak kita pergi sama-sama, sebab saya pun dah tua’.
“Beliau memang anak yang baik 😌 sebab tu dia tak kahwin-kahwin sebab dia pilih nak jaga mak dia sepenuhnya.
“Dia sanggup pilih untuk tidak berkahwin sebab dia pilih untuk jaga mak dia… memang syurga dia dapat! Patut rezeki dia tak putus-putus ya Allah! Cemburunya,” komen wargamaya.
Sumber - Threads