Skip to main content

Selebriti

Viu Original Cela Dominasi Carta Viu, Kini #1

Viu Original Cela Dominasi Carta Viu, Kini #1

Sekilas

  • Siri Viu Original terbaru, Cela, mencatatkan fenomena dengan menduduki tangga nombor satu di Viu sejak hari pertama tayangan.
  • Drama romantik gelap dan thriller psikologi ini meraih lebih 50 juta tontonan di media sosial dalam masa kurang seminggu.
  • Cela dan Cinta Dalam Sekam, dua siri teratas di Viu Malaysia, merupakan hasil produksi tempatan dari Global Film Station Sdn. Bhd.
Advertisement

Perkhidmatan penstriman video OTT pan-rantau terkemuka daripada PCCW, Viu, mengumumkan siri Viu Original terbaharu, Cela, telah mencetuskan fenomena di Viu apabila melonjak ke tangga nombor satu.

Hal itu kerana siri Viu Original itu didorong oleh prestasi tontonan yang luar biasa sejak hari pertama ditayangkan.

Advertisement

Fenomena Cela turut melangkaui skrin apabila kandungan berkaitan drama ini berjaya mencatatkan lebih 50 juta tontonan di media sosial dalam tempoh kurang daripada seminggu tayangan (Sumber: Meta & TikTok Analytics).

Siri romantik gelap dan thriller psikologi ini menampilkan gandingan sulung Nabila Hudadan Hun Haqeem sebagai teraju utama.

Turut membintangi Cela ialah Zarif Ghazzi,Ellyza Azizi, Datuk Seri Eizlan Yusof, Lisdawati, dan Zain Saidin.

Advertisement

Malah lagu tema rasmi untuk Cela yang berjudul Sejambak Bunga pula dinyanyikan oleh nyanyian Ernie Zakri.

Sementara itu, siri Cinta Dalam Sekam kekal bertahan di tangga kedua Viu Malaysia selepas melabuhkan tirainya pada 21 Ogos yang lepas.

“Peningkatan penonton bagi kedua-dua naskhah ini menyerlahkan momentum kukuh Viu, di mana penonton kini dapat menstrim keseluruhan musim Cinta Dalam Sekam secara maraton (binge-watch), sambil mengikuti episod baharu Cela setiap minggu.

Menariknya, dua siri teratas di Viu Malaysia ini merupakan hasil terbitan rumah produksi Global Film Station Sdn. Bhd. di bawah arahan Feroz Kader.

Prestasi cemerlang ini membuktikan keupayaan produksi tempatan dalam menghasilkan pelbagai genre berkualiti, daripada drama sentimental era 1980-an hingga thriller psikologi moden.

Viu Original Cela kini bersiaran secara eksklusif di Viu dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat, manakala kesemua episod Cinta Dalam Sekam boleh distrim di platform tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Must Watch Video

Advertisement