Skip to main content

Indonesia

Vokalis Terkenal Didakwa Lakukan Child Grooming

child-Grooming

Sekilas

  • Vokalis D’Masiv, Rian, didakwa melakukan child grooming terhadap seorang gadis bawah umur dan isu ini menjadi tular di media sosial Indonesia.
  • Rian menafikan dakwaan tersebut dan berkata dia santai serta menyerahkan perkara ini kepada pihak undang-undang untuk diselesaikan.
  • Dakwaan ini kembali hangat selepas pelakon Aurelie Moeremons berkongsi pengalaman menjadi mangsa child grooming dalam bukunya, meningkatkan kesedaran tentang isu ini di Indonesia.
Advertisement

Vokalis kumpulan terkenal, D’Masiv, Rian berdepan dakwaan melakukan chlid grooming terhadap gadis di bawah umur. Dakwaan tersebut kini hangat diperkatakan di pelbagai platform media sosial dan menjadi bualan netizen Indonesia.

Sedar dirinya sedang dikaitkan dengan isu child grooming, Rian mengaku tidak terlalu terganggu dan santai berdepan isu tersebut.

Advertisement

Penyanyi lagu Cinta Ini Membunuhku itu malah membantah dengan keras dakwaan tidak masuk akal itu dan telah mengambil tindakan lanjut

“Saya santai kerana dakwaan itu tidak benar. Jadi saya serahkan kepada undang-undang untuk menyelesaikannya,” ujar Rian seperti dilaporkan CNNIndonesia.

Sebelum ini seorang gadis mengaku telah menjadi mangsa child grooming penyanyi berusia 39 tahun itu pada sekitar tahun 2021.

Dia juga pernah memaklumkan hal tersebut kepada isteri Rian namun tidak mendapat maklum balas.

Kini dia kembali berani bersuara kerana isu sama yang menjadi hangat selepas pelakon Aurelie Moeremons mengaku menjadi mangsa child grooming dalam buku tulisannya, Broken Strings. Buku tersebut telah mendapat perhatian dan meningkatkan kesedaran mengenai aksi child grooming di Indonesia.

"Banyak orang yang aware dengan 'child grooming' kerana buku Broken Strings karya Aurelie. Tapi pasti tidak ramai yang sedar kalau Rian D’Masiv juga child grooming,” dakwa netizen tersebut di media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement