Skip to main content

Hiburan

Wajib Ganti Semula! Amin Idris Tegaskan Haram Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak Sewenang-Wenangnya

Amin Idris

Sekilas

  • Amin Idris pesan ibu bapa jangan guna duit raya anak-anak untuk kegunaan peribadi tanpa izin.
  • Duit raya adalah hak anak-anak dan hanya boleh digunakan untuk keperluan khusus mereka sahaja.
  • Jika duit raya digunakan, ibu bapa wajib ganti semula dan perlu uruskan dengan penuh amanah.
Advertisement

Pengacara dan pendakwah bebas, Amin Idris menitipkan pesan kepada ibu bapa untuk tidak sewenang-wenangnya menggunakan duit raya yang diberikan kepada anak-anak.

Menurut Amin, perbuatan itu adalah tidak dibenarkan jika mahu digunakan bagi kegunaan peribadi.

Advertisement

Perjelas Amin, duit raya yang diterima anak-anak adalah hak mereka sepenuhnya dan perlu diuruskan dengan penuh amanah.

“Haram ibu bapa guna duit raya anak-anak. Duit itu diberi khusus untuk anak-anak. Kalau nak guna sekali pun, hanya untuk keperluan khusus anak-anak.

“Bukan untuk keperluan umum seperti minyak kereta, sewa rumah atau barangan dapur. Jika terguna, wajib ganti semula,” ciapnya.

Dalam masa yang sama, Amin turut berkongsi hukum terhadap individu yang menggunakan harta orang lain tanpa izin di ruangan komen.

Sumber: Facebook Amin Idris

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement