Skip to main content

Hiburan

Warganet Perasan ‘Detail’ Hantaran ‘Gunung Emas Kinabalu’ Syed Saddiq—Bella Astillah “Ingatkan Gunung Sahaja Rupanya…”

Warganet Perasan ‘Detail’ Hantaran ‘Gunung Emas Kinabalu’ Syed Saddiq—Bella Astillah “Ingatkan Gunung Sahaja Rupanya…”

Sekilas

  • Hantaran perkahwinan Syed Saddiq kepada Bella Astillah termasuk replika 'Gunung Kinabalu Emas' dengan figura pasangan itu yang melambangkan detik lamaran di Gunung Kinabalu.
  • Syed Saddiq menyerahkan tujuh dulang hantaran termasuk insurans, biasiswa, KWSP i-Simpan, dan pakej umrah, manakala Bella membalas dengan sembilan dulang seperti cincin, al-Quran, minyak wangi, dan tiket ULTRA MAN.
  • Bella dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan di Merdeka 118 Precinct dengan mas kahwin RM500 dan menjadi pasangan pertama yang disatukan di bangunan ikonik tersebut.
Advertisement

Salah satu hantaran perkahwinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada isterinya, Bella Astillah iaitu replika ‘Gunung Kinabalu Emas’ lengkap dengan figura pasangan berkenaan mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di media sosial, warganet menyedari terdapat figura menyerupai Syed Saddiq sedang melutut di hadapan Bella pada hantaran berkenaan.

Advertisement

Rekaan tersebut dipercayai membawa simbolik kepada detik Syed Saddiq melamar Bella di Gunung Kinabalu sebelum ini.

“Begitu teliti hantaran SS ini. Ingatkan gunung saja, rupanya simbolik lamaran diterima. Tuhanku terlalu hijau,” tulis seorang warganet.

Sekadar info, ‘Gunung Emas Kinabalu’ turut disenaraikan bersama cincin sebagai sebahagian daripada hantaran mas kahwin pihak pengantin lelaki.

Advertisement

Selain itu, tujuh dulang hantaran daripada Syed Saddiq turut merangkumi perlindungan insurans, biasiswa sarjana, KWSP i-Simpan, ‘home gym’ dan kerusi urut, basikal ‘road bike’ serta beg tangan, kasut dan pakej umrah.

Pihak Bella pula membalas dengan sembilan dulang hantaran antaranya cincin, kasut, al-Quran dan sejadah, minyak wangi, e-book dan cermin mata, coklat, emas, tiket ULTRA MAN serta beg komputer riba.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi, Sabtu.

Majlis akad nikah dikendalikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YABhg. Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri selaku jurunikah.

Bella dinikahkan dengan berwalikan bapanya, Awang Astillah Abdullah@ Dullah dengan disaksikan Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin dan Ustaz Mohd Nizam Md Nor.

Syed Saddiq turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dengan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak pengantin perempuan.

Lebih istimewa, Bella dan Syed Saddiq menjadi pasangan pertama disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik negara, Merdeka 118 Precinct.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Softride Enzo 5 Running Shoes

Softride Enzo 5 Running Shoes

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

JINTOHO Waterproof Winter Men Boots Original Leather Warm Snow Women Boots Men Work Casual Shoes 2024 High-top Non-slip Ankle Boots

Must Watch Video

Advertisement